Wednesday, April 15, 2009

Pertama Kali...

Assalamualaikum...
salam sahabat buat semua yang berkunjung ke blog aku yang serba daif ni..
Sekadar perkongsian..

Tanggal 14hb April 2009 bersamaan dengan hari selasa..
satu hari yang menjadi sejarah buatku..
tapi mesti lupa sebab aku ni pelupa, hehehe~

Apa yang terjadi segala-galanya adalah kali pertama..
Bagaikan tidak disangka-sangka..
Aku keluar dengan kawan aku untuk "release tension"..
ambil angin sebelum aku mula untuk menghadapi peperiksaan akhir semester 2 tahun 2 aku..
Pertama kali, aku pergi ke lapangan terbang untuk uruskan hal tiket aku..
Kemudian pergi ke McDonald sebab kawan-kawan aku mahu makan disana..
Apa yang terjadi pertama kalinya bagi babak yang pertama adalah, kereta aku disaman dan itulah kali pertama aku disaman..
Yang menjadi persoalan ketika mendapat kertas itu, aku tertanya-tanya..
Adakah ini surat saman?
Sebab aku tak tahu pun surat saman tu macam mana..
Hehhehe~
Kemudia aku beranjak terus ke bandar..
Kawan-kawanku pergi ke Mall untuk membeli barang dan aku bersama temanku pergi ke balai polis untuk membayar saman..
Kemudian aku berhadapan dengan seorang kakak polis dikaunter..
Aku bertanya..
tidak bolehkah tidak saman sebab aku bukan lama pun berada disana tiba-tiba sahaja disaman..
Akak tu mengatakan aku tetap disaman..
Namun apa yang melucukan, dia kata "Saman ni dik harga dia RM70 tapi lepas DISKAUN adik cuma kena bayar RM30 je..."
Aku rasa macam nak gelak je waktu tu..
Saman pun ada diskaun-diskaun ke??
Kenapa tak diskaun sampai tinggal RM 10 ke RM5 ke??
hehehehe~
Nak tak nak aku bayarlah juga saman tu..
Lebur duit aku
Hahahaha~


Inilah resit samannya~

Hari itu terus berlalu..
Dan kemudian aku mendapat panggilan dari seorang sahabat untuk mengambil dia di kampus kerana ingin ke bandar..
Lalu sebelum itu aku uruskan dahulu urusan-urusan yang perlu dilangsaikan dan aku menghantar pulang rakan-rakanku..
Ketika menghantar rakanku ke kolej kediamannya,
Aku terbabit dalam satu kemalangan..
Dan itu jugalah kemalangan yang pertama kalinya berlaku ketika aku membawa kereta..
Alhamdulillah kereta yang aku bawa tidak mengalami kerosakan..
Keadaannya berlaku apabila ketika aku mengundurkan kereta dan aku terlanggar kereta dibelakang dimana pada mulanya aku lihat tiada pun kelihatan..
Keadaan pada waktu untuk menyelesaikan masalah tersebut agak lama bagi mendapatkan persetujuan..
Akhirnya aku juga yang dikatakan bersalah dan aku terima dengan redha..
Aku diminta untuk membayar 75% daripada jumlah pembaikpulihan nanti..
Hari ini aku mendapat tahu jumlahnya..
Begitu mahal sedangkan kerosakannya tidaklah begitu teruk..
Tapi tidak mengapalah..
Mungkin salah aku semua ni berlaku..
Lebur gila duit aku lagi..
huhuhu~

Namun yang penting,
rakan-rakanku terhibur walaupun niat asalnya ingin melepaskan tekanan..
Maaf buat rakan-rakan yang turut terlibat sama..
Apa-apa pun kenangan ini tetap menjadi satu kisah yang agak lucu untuk diingatkan semula buatku..

"Hanya ALLAHswt sahaja yang tahu bebananku dan moga DIA menjadikan segala yang berlaku ada hikmah disebaliknya dan menjadi pengajaran khususnya buat diriku..."



~Wallahualambisawab...

1 comment:

Anonymous said...

sAlam~ siAn sy bcE ctEr awk 2 tp xpE sUme 2 dUgAan~ bgUsla awk x cpT mlAtah~sifAt yg lEh dpUji..

Photobucket

inMemory