Thursday, April 23, 2009

Epilog Seorang Aku...

Adalah lebih menyakitkan untuk menerima kesakitan pedih kenyataan yang buruk..
Adalah sukar menerima kepedihan yang tidak kita ingini..
Adalah payah untuk segala-galanya apabila ia adalah salah kita..
Adalah terasa sakit bila ia semua dosa-dosa kita..
Adalah susah untuk sembuh apabila hati tidak dapat merelakan..
Adalah mudah untuk lidah berkata-kata..
Adalah senang untuk senyuman terus terukir seribu keindahan..
Adalah indah tingkah dan laku berperi warna kegembiraan..

Namun..
Hanya DIA sahaja yang tahu...


"Dosa-dosaku tidak terhitung disisiMU ya ALLAH..Begitu juga dosa-dosa dikalangan hamba-hambaMU sndiri..Aku mengharap dan terus mengharap..Agar ketentuan yang engkau berikan, adalah demi kebahagiaan orang yang aku sayang terutamanya..Untuk diriku, ENGKAU kemudiankanlah ya ALLAH..biarlah sekadar mencukupi...Ampunkanlah dosa-dosa semua orang-orang yang pernah aku kenali mahupun yang kurang kenal..Sampaikanlah Salam ku buat Baginda junjungan Rasulullah s.a.w yang ENGKAU cintai..katakanlah aku hanya seorang hamba yang lemah dan berdosa ingin sangat berjumpa dengan Baginda walaupun merasakan tidak layak langsung..Sampaikanlah pada sahabat-sahabat Baginda Rasulullah s.a.w bahawa aku sangat kagumi mereka..Kalau boleh aku nak jadi seperti mereka..Hidup mati hanya keranaMU dan RasulNYA..Sampaikanlah salamku kepada semua para salafussoleh, tabi tabi'in yang mencintaiMU..Aku cemburu sebab aku tak mampu mencintaiMU seperti mana mereka..Sampaikanlah kepada kedua ibu bapaku..Aku mintak maaf kalau aku tak mampu untuk membalas segala perit jerih mereka..Sampaikanlah jua salamku pada para sahabat dan sahabiahku kerana aku tidak seperti mereka..Ya ALLAH..Secebis usaha yang aku ada ini..Aku tujukan buatMU..Izinkanlah aku untuk walaupun sebesar zarah pahalaku untuk aku persembahkan padaMU..Kerana mungkin itu sahaja aku mampu...Ya ALLAH..Aku cinta padaMU..."

No comments:

Photobucket

inMemory