Thursday, November 20, 2008

Salam Perpisahan...

Assalamualaikum...
dan salam ukhuwah buat semua sahabat dan sahabiah...

Perpisahan...
Itulah yang terjadi dn akan terjadi..
ada perpisahan yang sementara dan yang kekal selamanya..
Namun perpisahan itu memang pedih..
Sukar diterima walaupun cuba direlakan..
Salam sejahtera dan salam perjuangan buat semua..

Kita menghadapi perpisahan sementara ketika ini..
Dimana hampir separuh diantara kita sudah pulang dan ingin pulang ke kampung halaman masing..
Ini semua menguji sejauh mana keimanan kita kepada ALLAH s.w.t..
Perpisahan itu sebenarnya adalah ujian dari ALLAH..
dan jadikanlah ia kerana ALLAH..
Kerana setiap perpisahan itu ada hikmahnya..
Salam rindu buat semua..
Rindu akan perjuangan bersama..
Moga kita berjumpa lagi dengan semangat yang lebih utuh dan murni lagi..
Salam perjuangan dariku buat semua..
Jagalah IMAN..
Jaga diri
dan kesihatan..

Moga dipanjangkan umur dan berjumpa lagi..
insyaallah...

"Pengalaman yang lepas itu pedih, penuh kekecewaan, kesedihan, amarah, benci dan segala isi kesakitannya..Namun jadikanlah ia pengajaran untuk kita menjadi lebih baik dan sempurna walaupun sempurna itu hanya milik ALLAH s.w.t ...Jadikan ia bagi kita untuk lebih beriman dan kuat menghadapi segala kemungkinan..Yang lepas itu juga penuh manis dan kegembiraan..Jadikanlah ia panduan untuk lebih dekat dan rapat dengan pencipta kita yang satu..Andai kamu merasakan tidak ada lagi yang mencintai dan menyayangi dirimu lagi..Rasakanlah bahawa ALLAH s.w.t mencintai dan menyayangi dirimu kerana itu lebih utama dari cinta manusia yang kamu harapkan dimana ia tidak adil dan penuh ketidakadilan yang hanya membuahkan kekecewaan...ALLAH s.w.t tidak akan pernah mengecewakan dan meninggalkan kamu...DIA lah tuhan yang Maha Adil, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..."

Yang lepas itu KENANGAN...
Yang kini itu REALITI...dan;
Yang akan datang itu adalah HARAPAN...


Salam ukhuwahfisabilillah buat semua para sahabat dan sahabiah..
Salam perjuangan tiada penghujung..dan;
salam perpisahan kerana ALLAH..
Kirimkan salam rinduku buat yang pernah ku sayang...
Moga sentiasa dalam doa kudusku...
wassalam...

Tuesday, November 18, 2008

Manusia diberi hidayah akal, agama cari kebenaran


"Mencari hidayah-MU KEKAL nan SUCI"


- HIDAYAH selalu diertikan sebagai petunjuk. Dalam solat lima waktu sehari semalam, Muslimin tidak putus-putus memohon dan berdoa kepada Allah agar sentiasa diberi hidayah ke jalan benar dan lurus

Perkataan ini juga sebenarnya sering dibaca pada majlis doa selamat dan tahlil masyarakat Melayu namun persoalannya berapa ramai yang benar-benar memahami dan menghayati apa yang mereka baca.

Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud,

“Tunjuklah kami jalan yang lurus” (Surah al-Fatihah : 6).


Firman-Nya lagi yang bermaksud

“Alif, Laam, Miim, Kitab al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya),
Ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa”

(Surah al-Baqarah : 1-2).

Dalam ayat seterusnya Allah berfirman:
“Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk daripada Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya” (Surah al-Baqarah :5).

al-Quran adalah sumber utama petunjuk kehidupan manusia. Untuk mengenali Allah yang membawa kepada kedudukan takwa di sisi-Nya, manusia mesti terlebih dulu dikurniakan hidayah.

Syeikh Abu Bakr al-Jazairi dalam bukunya Akidah Mukmin membahaskan persoalan ini dengan membahagikan hidayah kepada dua bahagian iaitu hidayah akal dan agama.

1. Hidayah akal bermaksud petunjuk yang Allah berikan dalam bentuk kurniaan akal fikiran baik, waras dan sempurna sehingga dapat membezakan antara baik dengan buruk serta yang hak dengan batil. Akal sempurna antara jalan yang akan membawa seseorang beriman kepada Allah dan mengetahui keesaan-Nya.

2. Hidayah agama pula dianggap lebih penting dalam usaha mengenal Allah kerana nur agama dipancarkan ke dalam diri hamba-Nya adalah faktor terbesar yang membawa manusia ke arah beramal dan penyucian diri.
Agama juga boleh memandu seseorang untuk mengubati jiwanya yang resah, fikiran yang berkecamuk, malah nilai agama juga boleh menyucikan diri berbanding anugerah akal semata-mata.


Sabda Rasulullah SAW bermaksud
“Sesungguhnya dalam jasad manusia itu ada seketul daging, jika baik daging itu itu maka baiklah keseluruhan jasad dan jika buruk, maka buruklah jasad keseluruhannya, ingatlah bahawa daging itulah hati”.

Semoga kita semua mendapat petunuk dan hidayah dar-NYA dan mati sebagai para syuhada..
Amin..
Ukhuwahfisabilillah87

Monday, November 17, 2008

Pegangan agama asas kekuatan bangsa Melayu


Alam Nusantara terus jadi tumpuan gerakan Kristianisasi sejak penjajahan abad ke-15

HAKIKAT manusia adalah berbilang bangsa dan bersuku puak ditetapkan Yang Maha Pencipta, al-Khaliq menerusi firman-Nya bermaksud: "Wahai manusia! Sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal." (Surah al-Hujarat: 13)

Ketetapan ini ditegaskan Nabi Muhammad SAW menerusi beberapa hadis Baginda yang diucapkan dalam pelbagai kesempatan termasuk hadis yang menyatakan bahawa Baginda diutus Allah kepada manusia dan jin, bangsa merah dan hitam. 'Bangsa' yang dalam konteks al-Quran disebut 'syu'ub' dan hanya disebut dalam satu ayatnya saja, yakni ayat 13 Surah al-Hujarat di atas berbeza dengan perkataan 'umat'. Yang pertama disebut lebih khusus daripada yang kedua disebut sehingga dikatakan bahawa tidak semua umat adalah bangsa, tetapi setiap bangsa adalah umat.

Kita, sebagai contoh, tidak mengatakan bangsa Islam, tapi umat Islam dan kita mengatakan bangsa Yahudi dan juga umat Yahudi disebabkan oleh perbezaan ideologi antara kedua-duanya. Jika kita mengkaji lebih mendalam perbezaan 'syu'ub' dan 'ummah' dalam al-Quran sudah tentu kita akan mengumpulkan data dan kemudian kita akan mempunyai konsep bangsa dan umat yang sangat komprehensif seperti diinginkan oleh al-Quran, kitab petunjuk seluruh manusia yang berbangsa dan berumat. Di sini penulis hanya menyoroti satu titik daripada sebuah aspek yang ada dalam satu konsep mengenai bangsa dalam al-Quran, iaitu bangsa dan umat Melayu.

Allahyarham Ismail Faruqi pernah menyifatkan bangsa dan umat Melayu seperti katanya: "One of the oldest and bloodiest struggle the Muslims have waged against Christian-Colonialist aggression." atau "Salah satu perjuangan umat Islam yang paling lama dan sengit ialah dalam menentang pencerobohan penjajahan Kristian." (Rujuk Hilmy Bakar (1994), Ummah Melayu Kuasa Baru Dunia Abad ke-21)

Penulis tertarik dengan apa yang dibincangkan dalam buku Ahlul Bait dan Kesultanan Melayu yang disusun Tun Suzana ketika mengulas tajuk kecil 'Pembentukan fitrah kekuatan dan ketahanan dalaman agama yang tinggi dalam jati diri umat Melayu' iaitu ditulis: "Sepanjang penguasaan Portugis di Melaka contohnya, ia tidak pernah tenteram daripada diganggu gugat oleh gerakan jihad kesultanan-kesultanan seperti Demak, Jepara, Aceh dan Johor.
Kesultanan Acheh melancarkan tujuh kali jihad untuk membantu bumi Melaka bebas daripada penaklukan Portugis. Walaupun gagal dalam semua serangan ini, ia cukup untuk menggerunkan Portugis. Di Melaka, Bendahara Johor yang bernama Tun Jenal berserta pengikutnya memanjat benteng La Farmosa untuk masuk ke kawasan Portugis. Banyak pahlawan Melayu yang gugur kerana dibedik dengan pengganda yang berduri seperti durian, dengan pahat dan beliung, namun yang lain terus naik memanjat benteng kubu sehingga berjaya.

Diriwayatkan pahlawan-pahlawan Melayu Johor beramuk-amukan menyerang orang Portugis, sehingga rebahlah benteng La Farmosa yang menjadi kemegahan mereka selama 130 tahun. Portugis juga tidak dapat bertahan dalam taklukannya di Pasai apabila dihambat oleh Kesultanan Aceh dan disingkirkan dari bumi Ternate oleh Sultan Babullah (muka surat, 267-8).

Hakikat sejarah umat Melayu yang panjang, iaitu lebih 600 tahun lamanya membuktikan bahawa agenda terus-menerus untuk membinasakan Islam di alam Melayu oleh cubaan penjajah Barat seperti Portugis, Belanda dan Inggeris semuanya menemui kegagalan, berbeza dengan kejayaan yang dikecapi untuk merosakkan akidah serta menyelewengkan umat Islam seperti di utara Filipina, Turki, Eropah, malah sesetengah wilayah Arab sendiri. Mengenai jati diri Islam yang menambat hati umat Melayu dan memalingkan mereka daripada pegangan sebelumnya.

Prof Sayyid Muhammad Naquib al-Attas menulis: "Pengaruh Hindu itu tidaklah sampai merubah pandangan hidup umat Nusantara yang berdasarkan seni, yang tiada berdasarkan falsafah." Selepas bangsa Melayu memeluk Islam kemudian menjadi sebuah umat, pendakyah Kristian dari semua mazhab berputus asa ke atas bangsa Melayu (yakni untuk memurtadkan mereka kepada agama Kristian) seperti dikatakan Frank Sweetenham, seorang Gabenor British dalam era penjajahan. Dalam lawatan Pope John Paul ke India pada Oktober 1994, seperti ditulis Tun Suzana, beliau secara halus mengisyaratkan kekecewaannya mengenai hakikat bahawa walaupun banyak negara di dunia dapat dikristiankan, terutama dalam abad-abad mutakhir ini, beberapa ratus tahun selepas peristiwa percubaan bangsa Sepanyol dan Portugis untuk mengkristiankan dunia Asia Tenggara, ia masih gagal ditembusi oleh mereka. Pope John Paul lalu secara halusnya mengisytihar dan menggalakkan petugas-petugas Kristian memberikan penumpuan khusus kepada bumi Melayu ini menjelang alaf baru supaya umatnya dapat menikmati 'cahaya yang benar' dan dapat 'diselamatkan' daripada kesesatan. (muka surat 264-5).
Perbuatan mereka adalah satu bukti kebenaran al-Quran di mana Allah berfirman maksudnya: "Berkata mereka itu: 'Beragama Yahudilah kamu atau beragama Nasrani supaya kamu mendapat petunjuk. Katakanlah: Bahkan agama Ibrahim yang lurus (kami ikuti) dan bukanlah dia termasuk orang yang musyrik." (Surah al-Baqarah: 135)

Mereka tidak sedar akan hakikat Qurani yang menyatakan maksudnya: "Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka sedangkan Allah tetap akan menyempurnakan cahaya-Nya walaupun orang kafir enggan menerimanya." (Surah al-Saf: 8)

Dalam ringkasannya mengulas kelemahan bangsa Melayu hari ini, Tun Suzana mengatakan: "Kesimpulannya, kekuatan bangsa Melayu sebenarnya terletak pada perisian hakikat, iaitu ketahanan dalaman agamanya yang tinggi...Sistem sekular telah berjaya merubah pegangan kita daripada nilai, neraca dan tafsiran Islam kepada nilai, neraca dan tafsiran Barat. Akibatnya berlakulah penyelewengan tafsiran istilah contohnya istilah kekuatan. Dari perspektif sekular, kekuatan sesuatu bangsa dirujuk hanya kepada unsur zahiriyyahnya semata-mata seperti tahap ekonomi dan ketenteraan. Sedangkan istilah kekuatan jika ditafsir mengikut kaca mata Islam ialah perisian hakikat, contoh, ketahanan agama yang tinggi." (muka surat 268).

Kesetiaan dan ketulusan Melayu terhadap Islam terbukti kerana seperti diamati pendeta Za'ba, "Sejak orang Melayu memeluk agama Islam sehingga ke hari ini, mereka amat setia dan amat keras pegangannya pada agama yang mereka anuti ini (Islam). Walaupun mereka jahil banyak dari segi pengamalan dan kefahaman agama, mereka tetap menganggap bahawa itulah satu-satunya agama yang terbaik dan benar, dan tidak ada apapun hujah atau pujukan daripada orang kafir yang boleh mengubah sikap mereka yang demikian itu."

Pandangan Za'ba beberapa dekad lalu yang mana sifat umat Melayu adalah jahil terhadap agamanya, tetapi mereka memiliki kekuatan perpaduan, bagaimana halnya sepatutnya mereka pada hari ini dalam keadaan mereka yang sudah terdedah dengan ledakan 'worldview' Melayu sebagai salah satu tiang umat Islam dunia? Wallahu a'lam.

INTI PATI:
Konsep bangsa dan umat yang sangat komprehensif seperti diinginkan oleh al-Quran, kitab petunjuk seluruh manusia yang berbangsa dan berumat.
• Lebih 600 tahun lamanya membuktikan bahawa agenda terus-menerus untuk membinasakan Islam di alam Melayu oleh cubaan penjajah Barat seperti Portugis, Belanda dan Inggeris semuanya menemui kegagalan.
• Mengenai jati diri Islam yang menambat hati umat Melayu dan memalingkan mereka daripada pegangan sebelumnya.
• Menurut pendeta Za'ba, sejak orang Melayu memeluk agama Islam sehingga ke hari ini, mereka amat setia dan amat keras pegangannya pada agama yang mereka anuti ini (Islam). Walaupun mereka jahil banyak dari segi pengamalan dan kefahaman agama, mereka tetap menganggap bahawa itulah satu-satunya agama yang terbaik dan benar.

Sunday, November 16, 2008

Salam Ukhuwah Buat Semua..



Assalamualaikum..

Salam perjuangan tiada penghujung..
Salam doa buat semua yg berjuang..
Moga berjaya dunia dan akhirat..

Sedikit pesanan kepada semua para sahabat dan sahabiah terutamanya diri sendiri...

Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Barangsiapa yang semakin bertambah ilmunya tetapi tidak
bertambah hidayahnya, maka dia semakin jauh dari Allah"
(Petikan Kitab Imam Ghazali)

Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Yang paling berat menerima seksaan di hari kiamat ialah
orang alim yang ilmunya tiada bermanfaat"
(Petikan Kitab Imam Ghazali)


Pada detik ini ana ingin mengubah hidup dan berusaha menuju kesatu tujuan dengan lebih fokus lagi..
insyaallah..
Ingin ana perbetulkan semula segala apa yang telah ana lakukan dengan permulaan yang buruk..
Moga Berakhir dengan baik sebagai hambaNYA yang beriman..
Serta redhakanlah hati ana dengan segala mehna dan tribulasi yang datang dari ALLAH s.w.t..
Amin..
Doakanlah ana..
Salam jazakallah..

Sunday, November 9, 2008

4 golongan lelaki ditarik wanita




Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na'uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!

PERTAMA - AYAHNYA

Apabila seseorang yngg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

KEDUA - SUAMINYA

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

KETIGA ABANG-ABANGNYA

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

KEEMPAT - ANAK LELAKINYA

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap.

Firman ALLAH SWT:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."

Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda kesihankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah ALLAH S.W.T bersungguh dan dengan ikhlas.

Akhir kalam, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak.

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yang ALLAH S.W.T berikan pada kita


p/s : bimbinglah kaum wanita ke jalan yang benar.wanita memerlukan seorang suami yang dapat membimbing dirinya ke jalan yang di redhai olehNYA.moga cinta suami isteri itu sampai ke syurga.AMIN...

Saturday, November 8, 2008

Salam Ukhuwah Buat Semua...

Assalamualaikum...

Jam skarang menunjukkan pukul 6.05 pagi..
nti pukul 6.30 nk pg joging..
^_^
dalam kesempatan ini ana nk ucapkan selamat maju jaya buat semua para sahabat dan sahabiah xkira dmana kamu berada..
Moga memperoleh kejayaan yang didambakan
amin..

Namun dalam masa yang sama, jari mengira hari untuk kembali ke kampung halaman..
Rasa tak sabar mungkin bagi sesetengah sahabat..
Untuk bertemu para saudara mara terutama ibu dan bapa yang tercinta...
Namun bagi yang tinggal berjauhan dengan keluarga, janganlah bersedih..
Insyaallah..
Kasih sayang mereka sentiasa bersama kamu dan ALLAH swt akan sentiasa memelihara kamu..
insyaallah..

Namun ini semua berkenaan perhitungan akan hari dan masa bakal mendatang..
Cabaran yang mungkin lebih sukar dan pahit bagi sahabat dan sahabiah bakal lalui..
Pesanan ana terima agar memantapkan ilmu..
Ubah keterampilan..
Dan bersikap lebih profesional..
Namun pesanan itu ana pulangkan semula kepada semua sahabat dan sahabiah sekalian..
Kerana perjuangan kita adalah bersama dan bukan bersendirian..
Moga ALLAH kekalkan ukhuwah kita lillahi ta'ala..

Perencanaan belum diketahui apakah keputusannya..
Namun percayalah..
Sesungguhnya ALLAHswt tidak akan memberi dugaan kepada hambaNYA yang tidak mampu..
Dan ALLAHswt tidak akan memberikan amanah yang mana kita tak mampu pikul..
Itu semua telah direncanakan oleh ALLAHswt..
Apa yang kita ada adalah usaha bersunguh2, doa dan tawakal..
Imam Hassan Al-Banna ada mengatakan bahawa..
"tanggungjawab melebihi daripada masa"
Maka oleh itu wajib bagi kita menguasai ilmu alauwiyyat..
Tolong perbetulkan ana kiranya salah..

Penguasaan terhadap ilmu tersebut sukar kerana ia perlu pendisplinan diri yang tinggi dan istiqomah yang berpanjangan..
Namun kita harus berikhtihar..
Mudah bagi lidah ana berkata-kata tetapi berat bahu anta semua yang memikul..
Memang benar..
Tetapi usahalah..
Kerana ALLAHswt melihat pada usaha kita bukan kejayaan semata2..

Sekadar perkongsian menghadapi dugaan yang lebih mencabar..
Salam ukhuwahfisabilillah salam perjuangan tiada penghujung..
Moga syahid dijalanNYA..
Syahid sebagai ilmuan...
Syahid sebagai Soleh dan Solehah..
Syahid sebagai para Syuhada..
Amin..

Friday, November 7, 2008

Buat Kekasih Yang Satu...



Tuhanku aku tidak layak
untuk syurgaMU
tetapi aku tidak pula
sanggup menanggung
seksa nerakaMU,
dari itu kurniakanlah
ampunan kepadaku,
ampunkanlah dosaku,
sesungguhnya Engkaulah pengampun
dosa-dosa besar........
Berilah ketenangan didalam hatiku Setenang SyurgaMU..
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Berikanlah cinta dan rinduku hanya untukMU..
Engkaulah Kasihku
Tempatku mengadu..
Egkaulah Cintaku
Tempatku Bersandar...
Engkau Tidak Pernah MeninggalkanKu
Walau bagaimana sekalipun keadaanku..
Ampunkanlah dosa2ku Ya ALLAH..
Engkaulah kekasihku yang SATU..

inMemory