Saturday, September 27, 2008

Salam Rindu Ukhuwahfisabilillah...

Assalamualaikum...

Salam ukhuwah salam penuh kasih sayang dan hormat buat para sahabat dan sahabiah..Maafkan aku kiranya coretan aku kali ini memaparkan lagi betapa aku lemah menempuh dugaan sebagai hambaNYA yang benar-benar kerdil..

Aku sekarang berada di Cafe kampung CD di UMS Induk KK..Aku duduk bersama dengan teman-teman lama aku mastura juga vijayendrana..Banyak kenangan bersama dengan mereka..Satu sekolah,satu kelas..

Namun bukan itu soalnya..pada ketika ini aku pinjam laptop kawan kepada kawan aku..Pinjam kejap ea? ^_^

Aku merasakan begitu berat hati ini kian terasa..
aku tidak tahu kenapa..
Sesak nafas aku..
Minda dan jiwa aku macam bercelaru walaupun dalam masa yang sama aku gembira berjumpa teman-teman aku..

Aku merindukan seseorang yang bukan milikku..
Inilah lumrah manusia yang lemah menghadapi ujian hati..
Tambah-tambah lagi hamba seperti aku yang perlukan seseorang..
Aku sentiasa menantikan sesuatu darinya..
Walaupun sedikit dan seketika tapi aku berpuas hati dan cukup bersyukur..
Aku tak pernah lupa untuk mengharap padaNYA..
Kerana dialah sebenarnya yang membolak-balikan hati manusia..
Ya ALLAH..
Kiranya dia tercipta untukku,satukanlah hatinya dengan hatiku..
bukakanlah hatinya untuk menerima cintaku dan menerima aku kedalam hidupnya sebagai teman hidupnya..
Satukanlah kami sebagai suami isteri yang soleh dan solehah...
Titipkanlah kemesraan antara kami dalam kami mendukung agamaMU Ya ALLAH..
Berkati dan rahmatilah kami serta redhakanlah hubungan kami dalam kami menuju syurgaMU Ya ALLAH..
Kekalkanlah kami dalam istiqomah suci agamaMU Ya ALLAH
Dan mantapkanlah ketaatan kami padaMU agar kami bertakwa..
Kiranya dia bukan milikku Ya ALLAH..
Damaikanlah hatiku dengan ketentuanMU Ya ALLAH..
Berilah dia insan yang aku sayang teman yang soleh jauh lebih baik dariku..
Agar terpelihara Maruah dan agamanya Ya ALLAH..
Dan berilah aku kebahagiaan setelah kebahagiaannya Ya ALLAH..
Masukkanlah aku kesyurga setelah dia Ya ALLAH..
Moga Kami Kekal Sebagai HambaMU yang beriman dunia dan akhirat zahir dan batin..

Setelah aku berdoa dan terfikir dan masa temanku berbicara berdua aku dapat mesej dari johari..
Katanya "Maaf ganggu.Lambat lagi kew??aku nak balik nak buat assignment sikit.."
Aku pun meminta izin dari temanku untuk beredar..
Aku keluar dari cafe itu dalam keadaan hati yang semakin sayu..
Hanya ALLAH sahaja yang tahu..
"Maafkan aku joe susahkan kau je.."
Detik hati jauh disudut benakku...

Aku beredar dan pulang..wallahu'alam..

Salam rinduku buat Nursyaza Bt Harith~

Wednesday, September 24, 2008

Salam ukhuwahfisabilillah..









Assalamualaikum...

harini aku menulis hanya sekadar utk mngisi keterlapangan masa yang ada..Bicara berkenaan ape pun aku tidak tahu tetapi mungkin sedikit doa dan ucapan kasih ramadhan juga aidilfitri yang kian menjelang tiba..

Namun hati ini bagaikan terasa kekurangan akan ramadhan kali ini..Pemergiannya kian terasa..Ya ALLAH apakah rasa ini??Berilah aku petunjuk..janganlah kau katakan bahawa ini adalah ramadhan terakhirku..Padaku dosa2 didalam dada juga bahu yang memikul masih belum mampu aku walaupun untuk menghampiri syurgaMU..

Berilah aku ya ALLAH Nur cahaya hidayahMU dan pandulah aku serta peliharalah kau didalam agamaMU dan mati sebagai syuhada yang memperjuangkan agamaMU
amin...

"Pada sahabat,salam kasih ukhuwahfisabilillah dariku..moga hatiku sesuci hati kamu semua,ibadahku seberat kamu semua, istiqomahku setanding kamu semua dan IMAN ku terpelhara bersama kamu semua kekal ke syurgaNYA...amin.."

Tuesday, September 23, 2008

Salam hayat ukhuwahfisabilillah









Program lawatan ke kuburan pada ahad 20hb 09 bsamaan 20ramadhan 1429 Hijriah tempoh hari agak "simple" tetapi ada hikmah disebaliknya..Aku tahu bahawa kian hidup slesa dgn keduniaan makin membuatkn aku lupa mati kian dekat..

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati..dan hanya pada hari kiamat sahajalah diberikan dengan sempurna balasanmu.Barangsiapa dijauhkan dari api neraka dan dimasukan ke dalam syurga,sungguh,dia memperoleh kemenangan.Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya."
(Sural Al-Imran, ayat 185)


Moga ALLAH s.w.t mengampuni dosa2ku dari mula aku lahir hingga sekarang..
amin..

Sunday, September 21, 2008

Salam Mujahid



Assalamualaikum...

Masa terus berlalu namun adakah aku mendapat pengampunan darinya??

(HADIS SAHIH)
آمين، فلما ارتقى الدّرجَة الثالثة قال: آمين، فلما نزل، قلن: يا رسولَ الله لقَدْ سمعنَا مِنْكَ الْيَوْمَ شَيْئاً ما كُنَّا نَسْمَعُه! قال: إن جِبْريلَ عليه السلام عَرضَ لِي فقال: بَعُدَ منْ أدرَكَ رمَضَانَ فَلِمْ يُغْفَرْلَهُ قلت: آمين، فلما رقيت الثانية قال: بَعُدَ منْ ذكرت عنده فلم يصلّ عَلَيْكَ فقلت آمين، فلما رقيت الثالثة قال: بَعُدَ مَنْ أَدرَكَ أبويهِ الكبر عنده أو أَحَدَهُمَا فلم يُدْخِلاَهُ الْجنَّةَ قلْتُ: آمين

Maksud hadis:
Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya: Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini. Lalu baginda menjawab:
“Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya
Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)]


Alangkah ruginya diriku kerana masih terasa beban dosa didada ini masih menghimpit..
Alangkah ruginya aku kiranya dosa2ku tidak diampuni..
Masya'ALLAH...Subhanallah..Astaghfirullah...La'ilaha'illallah..
ampunkanlah dosa2ku Ya ALLAH..
sesungguhnya kehinaan ku hnya ENGKAU sahaja mampu menghapusknnya dan mengangkatku ke darjat yg tinggi dengan izin dan kasihMU Ya ALLAH..
Ampunkanlah dosa2 ku...
amin...

Friday, September 19, 2008

Salam jihad..


gambarku ditiang-tiang..huhu malunyer..



assalamualaikum salam ukhuwah salam ramadhan..
harini keputusan JAKMAS dah kluar..
ak dapat vote sebanyak 290orang dari jumlah 700lbh orang pelajar lelaki bagi kolej Alpha namun masih ada yang tidak mengundi..
Dari kedudukan undian tersebut aku dapat tempat yang ke6 dan secara rasminya tidak dapat merebut jawatan YDP..
Namun secara peribadi bahawa ISLAM itu tetap akan dijunjung dan diperjuangkan walaupun dimana kedudukan dan dimana kita berada selagi IMAN memelihari diri dan ALLAH swt memandu haluan kearah cahaya yang dicari..
Doakanlah perjuanganku kerana aku membawa wadah gerak kerja keseluruhan bukan individu..
Berilah aku kekutan dari sudut sokongan dan nasihat..
Engakaulah SAHABAT yang ALLAH swt hantar padaku bagi tempat untuk aku bersandar dibahumu..
Moga ISLAM gemilang UMAT terbilang musuh kecundang..
TAKBIR..!!

assalamualaikum..


hehe buruk giler muka wawawa...


Harini poster2 aku dinaikkan..
malu rasanya huhu..
apakah agaknya kptsnnya nti..
Ya ALLAH sesungguhnya kau mngetahui bhw aku layak dan berkemampuan Ya ALLAH..
kiranya apa yang aku lakukan ini hanya akan menimbulkan lagi lebih banyak masalah dan dosa janganlah kau biarkn aku menang dan kiranya perjuangan ini bermanfaat untuk semua dan meneguhkan lagi IMAN kami dalam kami menuju syurgaMU maka ENGKAU kukuhkanlah kami dalam perjuagan yang telah ENGKAU tuliskan dilangitMU...
Tiada keyakinan selain kepada ENGAKAU Ya ALLAH kerana ENGAKAUlah yang Maha Berkuasa dan Maha Menguasai...
Amin..

Wednesday, September 17, 2008

Hari ini...

Assalamualaikum salam ukhuwah salam sejahtera salam ramadhan..

Hari ini aku bertanding untuk jawatan YDP JAKMAS (Jawatankuasa Kebajikan Pelajar). Rasanya perjuangan menuju kebenaran ISLAM yang cuba ditegakkan bakal menghadapi 1001 mehnah dan tribulasi..Namun aku hanyalah manusia biasa.Tiada keyakinan pun tetapi kenapa aku meneruskannya kerana aku yakin pada janji ALLAH s.w.t bahwa kiranya kita membantu agamaNYA, ALLAH s.w.t akan membantu kita..

Hari ini seperti biasa aku merindui dia tapi aku tahan sebab siapalah aku pada dirinya.Aku berdoa agar ALLAH melebihkan rinduku padaNYA..Sesungguhnya DIA Maha Mengetahui akan isi hatiku.. (^_^)
amin..

Monday, September 15, 2008

Kisah Musafir Iman..






Sebermulanya..


Perjalanan aku bermula apabila aku dilahirkan disebuah rumah dibangi pada tanggal 15 Mac 1987 bersamaan 15 Rejab 1408 Masihi pada 2.07 minit petang..Hidup aku waktu tu agak susah kerana ayah aku bergaji kecil kerana bekerja sebangai seorang posmen..Sejak aku lahir lagi aku dah jatuh sakit.Aku menghidapi Leukimia dalam erti yang sama iaitu "penyakit kuning" kira bahasa kampungnyela..Buat pertama kali lagi aku dah menyusahkan parent aku.Namun dari situlah aku mendapat nama sebangai "Mohd Salam" yang bermaksud "sejahtera".Puncanya sebab pada permulaan doktor menyatakan aku sudah tidak ada peluang untuk hidup lagi kerana penyakit yang aku hidapi tu tapi ALLAH s.w.t memberi peluang untuk aku teruskan hidup maka dengan itu dapatla aku tulis blog skang ni huhu (sedih)..Nak tau ape jadi ngan doktor tu??Sia-sia je dia kena tumbuk ngan bapak aku.Padan muka dia..Mulut celupar sangat!!kakakaka..baru tau bapak aku samseng Kampong Haji Kedaung wakakaka (memain jew)…
Kluarga aku terdiri dari 8orang adik beradik..3org abang,sorang kakak,satu adik perempuan dan 2orang adik lelaki..


Zaman kanak-kanak ku..

Ingat lagi waktu tu rumah aku dekat sebelah landasan keretapi je..Kemudian rumah saudara aku kat seberang..Pernah aku ingat satu haritu aku pergi bermain kat rumah saudara aku..Yela waktu tu aku kecik lagi baru 5tahun, lagipun adik2 aku masih kecik2 lagi so aku bermainla ngan saudara aku yang kebetulan sama umur denagn aku..Ingat lagi nama panggilan dia “Epi”..Yang aku ingat waktu tu aku selalu main game ngan dia..Pernah sekali tu aku dah penat bermain aku terasa haus..Jadi mak sedara aku bagila air, tetapi aku berlari balik kerumah sebab rasanya air kat rumah aku lagi sedap hahaha..sedangkan minum air putih je berbanding mak sedara aku bagi air sirap..Apelah, bengong gak aku waktu kecik dulu kekeke..Yang mencemaskan mak saudara aku waktu tu sebab masa aku nak balik kerumah semata-mata nak minum air, kebetulan keretapi dalam perjalanan nak lalu kat kawasan landasan tu..Dengan selamber dek je aku melintas..Mana tak cuak mak ngan mak sedara aku..Mak sedara aku nangis tapi mak aku marah2..Manala aku tau kecik lagi.Yang aku tau ikut sedap aku jela hahaha..Selepas 5tahun aku tinggal dikampung Bangi tu aku pun berpindahlah..
Haa…Disinila bermulanya segala cerita jeng3..


Aku membesar..

“Sepang”..Itulah nama tempat yang aku tinggal sampai sekarang.Kawasan ladang kelapa sawit.Banyak sangat pokok belum ada pembangunan lagi waktu tu. Yang aku ingat tempat aku tinggal tu kawasan kampung cina..Tinggal situ sebab kat situ dah kuaters posmennya, nak buat macam mana??Kemudian tahun berikutnya aku masukla tadika.Yang untungnya waktu tu, tadika kat sebelah rumah aku je heheh jadi tiap rehat adela gak aku berlari balik rumah makan hehehe sampai kadang2 cikgu aku marah ahahaha..Klaka betul aku ingat waktu tu..Kemudian hati pun terus berlalu dan aku masukla ke sekolah rendah..Ermm..Yang ini aku tak berapa ingat sangat terutama sekali ketika waktu tahun 1-3 sebab aku takda kawan sangat ketika tu..Balik umah pun takda pegi mana2 merayau macam bebudak skarang..Kecik2 dah pandai merayau yang melampaunya tak bagitau mak bapak..Al-kisahnye kira aku budak baikla (masuk bakul angkat sendiri hehehehe…).Naik je aku tahun 4 aku dah mula pandai berkawan.Tapi masih lagi waktu tu aku tak pandai keluar merayau cuma aku ajakla kawan2 aku datang rumah bermain..Hehehe yang tak boleh diterima akalnya sebab waktu tu aku suka main masak2,kawin2 hehehe macam perempuan wakakaka mungkin sebab adik yang bawah aku ni perempuan kot??(ada kene mengena ke?)..Buat pengetahuan aku tak rapat ngan abang2 aku begitu juga adik2 aku.Mungkin sebabnya aku cemburu adik2 aku dapat perhatian dari mak aku dan ayah aku tak rapat ngan ayah aku sebab dia sayangkan lagi abang2 aku..Tapi memang aku kurang dapat perhatian pun bukan nak buruk sangka tapi hakikat..huhu..



Titik hitam..

Aku gembira dengan kehidupan aku sebab waktu tu ada kawan2 yang sekepala dengan aku..Nak dipendekkan cerita walaupun dah kira panjang dan banyak lagi nak cakap maka masukla cuti sekolah yang memang impian bagi setiap kanak2 rebina cam aku..mana tak gembiranya cuti 2bulan wawawa…Waktu cuti tu macam biasa aku habiskan masa dengan menonton televisyen.Kira citer kartun ar ape lagi?Kemudian satu haritu maka bercutila aku dirumah mak saudara aku di Pasir Panjang, Port Dickson..Tinggal rumah dia dalam 3hari kalau tak silap..Maka pada 25hb Disember pada petang harinya selepas asar aku keluarla bermain dihalaman rumah..Aku ternampak la basikal saudara aku..Dengan tak malu dan tanpa izinnya aku amikla basikal tu main..Kebetulan rumah mak sedara aku sebelah jalan raya je dan diseberangnya ada sawah padi tapi skarang dah takda dah padi tu sebab tuannya yang tanam padi tu dah meninggal..Nak diceritakan, waktu tengah syok aku main basikal tu round2 pusing2 huh??samala round ngan pusing huhu..akan bermain kat tepi jalan..TIBA-TIBA..!!!aku rasa badan aku ringan seperti melayang dan tetiba keadaan sekeliling aku jadi gelap.Sempat lagi aku bertanya “apehal?ape dah jadi?” kata aku dalam hati..Sebentar je waktu tu aku terasa aku terbangun.Tapi aku dah berada dalam kereta dan aku nampak mak aku pangku aku.Aku cuba bangun tapi tak dapat bergerak..”Mak..bancik tak dapat gerak..”..Aku ulang2 cakap macam tu kmudian tak semena-mena aku menangis dan keadaan jadi gelap semula..Nama panggilan aku “Abang cik” sebab anak yang ke5 tetapi dipendekan menjadi “Bancik”.Kebetulan 25hb disember tu adalah harijadi mak aku dan kemalangan aku adalah hadiah paling teruk yang pernah aku bagi padanya (huhu...menyesal).

Kemudian sekali lagi aku terbangun tapi kali ni aku kat dalam ambulan..Mak aku ada bersama aku dan sekali lagi gelap suasana keliling aku..Pengsan la tuu..Kali ketiga aku terbangun lagi, aku berada diatas katil dan mak aku ada kat sebelah..Suasana gelap.Aku tau malam waktu tu..Kemudian aku bertanya, “Kat mana ni mak?”..Mak aku jawab “Hospital Seremban”..Mungkin keadaan aku tak stabil sekali lagi aku pengsan..Dan apabila aku bangun ayah aku pula ada disebelah..Ingat tak ingat ayah aku cakaplah yang aku dah koma 3hari..Macam takda rasa pape pon huhu..Maka sejak dari tu ayah aku yang jaga aku sebab mak aku jaga adik aku yang masih kecil baru 2tahun umur dia..Nama dia Mohd Rahmat Sobirin..Adik bongsu aku..

Maka selama 6bulan la aku meringkuk dalam hospital tu..Setiap hari aku akan disuntik oleh nurse2 yang ada tak berhati perut sebab tiap kali dia suntik mesti aku akan terasa pedih.. Gila ar tak percaya rasa ar sendiri..Penah sehari tu nurse kena marah ngan bapak aku haha bapak aku lagi kihkihkih.. Tapi ada gak nurse yang baik..Alhamdulillah..Kemudian kaki aku disimen dan aku boleh balik kerumah dan aku bersekolah seperti biasa Cuma pakai tongkat..Memang payah gakla..Selepas 3bulan simen dikaki aku dah boleh dibuka..Mengharaplah parent aku waktu tu tapi sekali lagi aku lah punca segala2nya..Tulang kaki aku yang patah pada peha sebelah kiri tidak dapat bercantum dengan sempurna..Maka mak aku menangisla dalam diam tapi aku perasan waktu tu..Ayah aku pernah bertanya dengan doktor “boleh ke Bantu anak saya doktor?” kemudian dengan penuh keyakinan dan berfikiran warasnya tapi bodohnya doktor tu cakap yang “anak encik dah cacat,mintak maaf”..Maka sekali lagi ayah aku beraksi dengan lebih bergayanya..Doktor tu dapat penumbuk sekali kt muka hahaha macam tak percaya je ayah aku macam sayang giler dengan aku huhu (terharu).


Flashback

Sebenarnya kali pertama aku kemalangan waktu aku berada di tahun3..Waktu tu mak aku nak keluar ada hal dengan mak sedara aku dan pesan untuk aku jaga rumah tapi aku keluar dari belakang rumah dan berlari sebab nak pegi beli kuih..Kuih feberet aku waktu tu kuih karipap dan kuih kasui..Lepas je beli aku balikla..Aku naik basikal waktu tu..Dalam nak balik tu aku kayuhla basikal kat satu lorong kecil.Kebetulan ada kereta.Satu arah nak keluar satu lagi arah nak masuk..Jadi aku kayuhla basikal aku sipi-sipi je ngan kereta tu..Maka dengan bangganya ada nenek tua dari dalam kereta tu bukakla pintu keretanya dan aku terlanggarlah pintu kereta tu dan aku terjatuh ke dalam longkang disebelah lorong tu..Aku terasa macam sesuatu aku terlanggar..Kemudian aku bangunla keluar dari longkang tu macam takda pape yang jadi tapi malu ar sebab dah jatuh longkang.Hitam lak tu air dia bengong tol busuk seyhh..!!Jadi aku sorongla basikal nak balikla kononnya kemudian cina tua tadi tu menjerit kemudian dia tangkap aku.Aku panikla apehal lak pempuan tua ni??Rupa2nya tangan kanan aku terbelah koyak memanjang dari pergelangan tangan hingga hampir ke siku..Aku pun apela menangisla..Mana taknyer bebudak lagi waktu tu..Kmudia cina tu bawakla aku pegi klinik yang berdekatan dan sepanjang tula aku menangis…aku pangil “mak2..” berkali2..Sampai je klinik aku terus dibawa kepada doktor dan disitulah aku mendapat jahitan yang pertama dibadan aku dan manjadi parut sampai sekarang..13 Jumlah jahitan keseluruhannya..

Kemudian ada nurse cina tu sibuk cakap ngan aku..Yang bagusnya dia speaking cina ngan aku lagi..Sepatah haram pun aku tak paham (hamende…la).Kmudian datang seorang nurse lagi.India..”Nama adik ape”,”Mohd Salam”..”Laa melayu rupanya patutla saya tanya dia dalam bahasa cina dia tak jawab” nurse cina tu cakap..Apela bengong gak nurse tu hehehe mungkin waktu tu dia ingat aku cina kot??sebab mata aku sepet tambah lak kulit aku masa kecik memang cerah..”tahu nombor telefon mak dengan ayah” tanya nurse India tu..Bagus dia aku suka, baik..Kemudian aku bagila nombor rumah aku.Nasib baikla aku ingat alhamdulillah..

Beberapa ketika kemudian sampaila mak aku menaiki kereta mak sedara aku..Kuarga aku takda kereta waktu tu yang ada Cuma moto Yamaha warna biru.Ingat lagi sebab moto tu jugalah aku buat main tanpa pengetahuan ayah aku hehehe..Sebut pasal ayah aku dia takda waktu tu.Dia kerja.Dia memang kuat bekerja untuk isteri dan anak2 dia sebab dia tahu gaji yang dia ada tak cukup jadi terpaksa buat “overtime” setiap hari..Sekali lagi aku menyusahkan keluarga aku..Aku buat mak aku menangis.Mak aku cakap kenapalah aku keras kepala sangat tak nak ikut cakap..”Tengok ape dah jadi?”..Ermm apelah dosa2 ku Ya ALLAH…


Nak di jadikan cerita..

Kembali pada kisah selepas simen aku dibuka..Lepas waktu tu macam2 cara ayah aku cuba untuk sembuhkan aku semula.memang aku terasa kekurangan sebab kaki kiri aku lebih pendek dari kaki kanan disebabkan salahnya tulang kakiku bercantum.Yang menyakitkan tulang tu membesar sehingga kelihatan timbul bagaikan nak tertusuk keluar dari dagingku..Seingat aku ayah aku pernah panggil pawang urut nak urut aku..Aku ketakutan waktu tu jadi aku lari.Ayah aku mengamuk dan marah2 aku dan aku menangis maka tak jadilah diurut kaki aku ni..

Kemudiannya ayah aku bawalah aku ke Kajang tempat specialist tulang untuk bertanya berkenaan keadaan aku..Maka setelah beberapa minggu aku diperiksa, aku masukla kedalam wad..Sekali lagi aku dapat jahitan sebanyak 23jahitan kerana dibedah sebab nak potong tulang yang tak sempurna tu dan dipasangkan besi sebanyak 7skru diantara tulang aku yang atas dan bawah..selama 6bulan serasanya aku memakai besi tu dalam kaki aku..Selepas 6bulan kaki aku dibedah semula untuk mengeluarkan besi tersebut..Perit gakla hidup aku waktu tu keluar masuk hospital dan klinik dan di inject berkali2 sehinggakan dah beratus kali sejak kali pertama aku masuk hospital..Sebab tula agaknya kenapa aku fobia dengan injection..Bukan tak berani tapi tindak balas badan jadi lamah bila tengok injection..Keadaan yang aku tak boleh nak elak.Kalau bahasa sainsnya org cakap “trauma”..Yang menyedihkan mak aku keluarkan beribu ringgit untuk pembedahan aku..Aku terdiam tak terkata sebab begitu sekali pengorbanan mak dengan ayah aku..

Aku masuk semula kealam persekolahan tetapi masih menggunakan tongkat..Sebenarnya aku minat sangat main bola tapi kerana kakiku ini menyebabkan segalanya terhalang..Selepas beberapa bulan aku pakai tongkat dalam masa yang sama aku cuba berlatih berjalan..Kira wat fisioterapi sendiri je..Kali pertama aku dapat berjalan semula tanpa tongkat masa aku diawal darjah6..Alhamdulillah..Kali pertama aku dapat berjalan waktu tu di tepi pandai..”Bagan Lalang” nama tempatnya..11km dari tempat aku tinggal..

Aku..

Kali pertamanya aku menjejak kaki ke sekolah menegah aku merasakan takut tak tau kenapa mungkin sebab sekolah tu ramai cina dan tambah plak ramai samseng..Bulan mula2 aku bersekolah menengah pun aku dah kena tampar dengan budak cina sekelas aku.Aku tak membalas tetapi dari situ jugalah bermulanya aku bersikap berdendam.. Namun dari situla aku mengenal erti hidup dimana banyak perkara yang aku sia2kan waktu tu..Aku berkawan dengan kawan yang otak kuning, kaki ponteng dan pemalas..Maka aku pun jadi macam diorang..Aku bukan macam tu sebenarnya tapi biasalah pengaruh buruk memang mudah dipelajari..Asalnya aku dikira antara pelajar yang pandai.Masa ditahun6 aku berada dalam kelas tahun6 Amanah dan keputusan UPSR aku alhamdulillah dapat 2A, 3B..Kira oklah walaupun tak bagus sangat..Kira aku menjadi kebanggaan mak ayah aku sebab abang2 aku tak pandai macam aku hehehe bangga la plak..

Keadaan tu berterusan..seorang demi seorang aku kenal tetapi secara peribadinya aku tak jumpa seseorang yang bergelar “Sahabat”..


Kakakku Tercinta..

Mengikut cerita dari mak aku dia lahir sihat walafiat dan putih melepak lah cemburu aku..Tapi ALLAH s.w.t menguji kami semua..Satu hari kakakku demam panas.Umur dia 2bulan waktu tu dan abang aku yang sulung perasan waktu tu..Nama dia “Rizal”.Skarang umur dah 32tahun tapi baru tuning tahun lepas dengan budak umur 20tahun..giler ar muda aku setahun..Nanti kena panggil kak long wawawawa taknak la aku huhu..

Erm..sejak akak aku kena demam panas tu dia terus jatuh sakit..Bila dibawa kepada doktor dikatakan normal tiada apa2 yang pelik..Namun keadaan tu lebih jelas apabila dia dah membesar..Dia tak boleh bercakap tak boleh menguruskan diri dan hanya tahu menangis sahaja apabila lapar, Buang air besar mahu kecil dan sakit..Serupa seperti bayi yang masih kecil..Tabiat buruknya dia akan hisap jari dia sehingga mengelupas kulit jarinya dan berdarah2..Kerana tu mak aku terpaksa balut tangan dia dengan napkin..
Maka seperti bayi jugalah mak aku dan kesemua ahli keluarga aku menjaga dia..Aku ingat lagi yang aku begitu kejam dengan memukul dia dan ketika aku bagi makan dia pun aku sumbat banyak2 dengan makanan sehingga dia tercekik..Dalam benak hati aku waktu tu menyusahkan aku je sebab aku terpaksa tolong mak aku jaga dia..Ya ALLAH ampunkanlah dosa2ku..

Sakitnya berterusan..Macam2 alternatif digunakan sehinggalah bomoh dan pawang..Kata mereka dalam badan kakak ku dihuni beberapa ekor syaitan angkara perbuatan manusia yang berhati busuk dengan ayah ku..Tak tahu kenapa begitu besar musibah sehingga begitu sekali kami menerimanya..Namun itu semua ketentuan ALLAH yang ada hikmah disebaliknya…Bertahun2 mak ayah aku cuba berubat kakak aku tetapi tidak diizinkan ALLAH untuk dia sembuh..Selama 15tahun dia berada dalam keadaan sakit sebegitu..Sehinggalah sampai ke satu hari dimana sampai sekarang aku akan ingat dan akan tersemat sampai bila2..Ingat lagi waktu tu hari sudah dekat maghrib..Malam pun dah dekat..Mak aku beri akak aku makan..Kemudian mak panggil aku sebab nak minta aku pangku dia sebab susah sangat nak suap dia sebab dia tak duduk diam..Maka diteruskanlah diberi makan seperti biasa..Kakak ku nampak macam susah hati tapi dia terus disuap dan disuap sebab dah nak maghrib mak aku pun ada kerja lagi nak buat..Dan kedengaranlah azan maghrib waktu tu..kakak ku semakin perlahan menguyah makannya….selesai sahaja azan akak aku terdiam seribu bahasa..Mak aku tertanya-tanya dan aku hanya terdiam tak tahu apa2..Mak aku mula berubah muka dan menampar2 sedikt pipi kakak ku..Mak aku mula menangis tetapi kakak ku belum lagi sedar..Aku tergamam..Kemudian mak aku suruh adaik aku panggil jiran aku yang ketika itu tinggal berhampiran dengan rumah ku..Aku masih terdiam dan macam tak paham ape yang berlaku..

Datangnya jiran aku tu seorang lelaki tua dan dia periksa kakak aku dan dia terdiam..Kemudia dia pandang mak aku dan cakap akak aku dah meninggal dunia..Maka mak aku bercucuranlah air matanya meraung kesedihan..Aku terus tergamam dan terdiam dalam ketika akak aku masih dipangkuan aku..Aku tak sangka itulah hayatnya pada umur 15tahun dan aku 14tahun.Hanya 1tahun sahaja beza umur kami.Hayatnya yang berakhir selepas azan maghrib di pangkuanku yang hina ni..Ya ALLAH ampunkanlah aku dan cucurilah roh arwah kakak ku Ya ALLAH Maimunah Bt Zainal Abidin….Al-Fatihah..


Adakah ini akhirnya..

Kenangan bersama kakak aku terus berlalu tetapi hanya dosa2 sahaja yang aku buat ketika hayatnya masih ada..Ampunkanlah Ya ALLAH dosa2ku yang hina ini..Masa terus berlalu dan kehidupan aku tiada perubahan malah bertambah teruk dan hina..Tingkatan lima.Rasanya disinilah banyak dosa2ku buat.Aku kenal dengan kawan aku sorang ni dimana aku dah kenal dia sejak dari tahun6 lagi..Aku sayangkan dia tapi dengan dia jugalah aku belajar merokok masa aku tahun6..Sampai sehari 5, 6batang rokok aku hisap disebabkan pengaruh dia..”nak release tension” katanya…Aku berkawan rapat dengan dia sehinggalah aku tingkatan5..Ingat lagi aku ada suka kat seorang budak perempuan ni..Cantik dan comel orangnya..Nama dia Diana..Kacukan Pakistan, Jawa, Cina dan Melayu..putih orangnya.Waktu tu aku tingkatan3..Aku pendam rasa sehinggalah aku tingkatan5..Tetapi akhirnya kawan rapat aku dapat mencuri hati dia.Aku sedih sangat tapi pada dia jugalah aku mengalah..Kadang2 diaorag dating pun aku ada temankan sedangkan hati aku berdarah tetapi kerana kawan dan kerana aku tak akan khianati kawan aku terus pendamkan hati aku dan aku buang jauh2 cinta aku..Rozaimee nama kawanku dan dia sahajalah “sahabat” aku kononnya waktu tu sebab tu aku hanya mengalah dan terus terluka tetapi aku memang hina dan memang tak layak untuk memperoleh cinta dari seorang yang cantik dan baik seperti dia..

Hidup aku mula hilang haluan apabila keluarga aku goyah dengan masalah peribadi mak dan ayah aku..tak perlulah aku cerita ape masalahnya namun yang menjadi mangsanya adalah aku…Aku selalu kena marah dengan mak dan ayah aku..Aku pernah kena pukul dengan ayah aku sampai bengkak2 menggunakan wayar elektrik masak air tu..Pernah kena pukul dengan kayu dan macam2 lagi..Yang menyayukan hati aku, abang2 aku pun turut membenci aku..Aku tak tahu kenapa sampai begitu sekali mereka membenci aku.Apa salah aku??Aku menjadi bahan tempat untuk mereka mengasah tangan..Aku pernah dipukul oleh abang sulung aku sehingga bengkak2 dan demam sampai seminggu..Abang kedua aku pun cukup membenci aku dan aku terasa sejak kecil lagi sebab dia selalu tak puas hati dengan aku bah kan sampai sekarang pun hubungan kami masih tak begitu rapat..Aku juga menjadi “punching bag” dia..Nama dia Razi anak kedua dalam keluarga dan berumur 31tahun dah berkahwin dan mempunyai dua orang anak..Yang sulung lelaki dan yang kedua perempuan.Namun masih duduk menumpang dengan ayah aku Cuma sekarang dah duduk kuarters semdiri tupun sebelah rumah je sebab dia kerja sebagai posmen gak termasuklah abang aku yang sulung tu..Abang aku yang ke3 nama dia Razif..Dah kahwin dan ada dua orang anak juga.Dua2 lelaki..Umur dia 30tahun..Pada aku dia ok sebab kalau dia pukul aku pun bukan sebab dia benci aku..Lagipun dia jenis suka wat hal sendiri..

Kehidupan aku begitu bercelaru..Aku menghadapi tekanan dari sudut fizikal mahupun psikologi..Dari situ juga aku buat macam2 benda untuk melepaskan tekanan termasuklah menghabiskan duit bermain game di Cyber Café dan yang paling teruk aku merompak dengan pecah masuk rumah orang pada waktu hari raya.Duit hasil rompakan aku guna main game puas2..Memang nasib aku tak pernah kena tangkap namun itulah kali pertama dan terakhir aku buat sebab lepas dari tu ada kawan aku kena tangkap masuk lokap.Pelajaran aku semakin jatuh dan aku selalu ponteng kelas.Waktu tu aku berada dalam kelas sains perakaunan..Kira gah jugakla kononnya blaja fizik dengan kimia sedangkan hampeh..Begitu jugalah hampeh keputusan SPM aku malasla nak cakap sebab memang hancur nak dibandingkan dengan keputusan PMR kira bolehla tahan dapat 1A dan 7B..A untuk sains sebab tula aku dapat masuk kelas sains..

Punca semua tu berlaku sebab aku terlalu stress..Tak tahu kepada siapa aku nak luahkan perasaan aku..Tambah pula aku dah mula tak rapat dengan rozaimee mungkin sebab dia dah ada kawan baru dan kami berbeza kelas..Jadi aku berkawanlah dengan kawan didalam kelas sains tu..Kami berempat lelaki melayu..Shafie,Taufiq dan Fahizee..Itulah kawan2ku..Aku stress sebab mak aku benci aku waktu tu tak tau kenapa.Mak aku pernah suruh aku bunuh diri je dan dia pernah ungkit yang sia2 je dia habiskan duit untuk pembedahan aku dan dia cakap kalau dia tahu dia biarkan aku cacat je..Kerana kemarahan dia tu aku pernah di seterika (iron baju) ditangan kiri ku sewaktu ia masih panas..Masih berbekas lagi tanganku sehingga sekarang..Aku terasa diriku begitu terbeban dan stress..Aku terasa baik sahaja aku yang mati menggantikan kakak ku..Sebab aku dah merasakan tak berguna lagi aku hidup kerana tiada tempat aku nak menumpang kasih lagi..Pada kekasih takda.Pada kawan aku pernah meluahkan tetepi katanya “Tu masalah kau bukan masalah aku”…Aku tergamam dan sejak dari itulah aku jarang berkawan dengan lelaki dan aku banyak kawan dengan perempuan..Mungkin sebab kesan dari situlah kenapa sekarang aku begitu sensitif, cepat terasa, berprasangka buruk, mudah terluka hati dan begitu inginkan perhatian..Namun aku cuba Ubah semua tu kerana aku tahu ia hanya akan menghancurkan aku lagi..

Hidup aku terumbang ambing dan aku tiada sesiapa lagi.kerana nak bergantung harap pada ALLAH s.w.t pada waktu tu, aku taklah sebaik itu..Aku sentiasa lalai.Kadang2 tak solat pun puasa pun tinggal.Ya ALLAH ampunkanlah doasa2ku Ya ALLAH…Aku mohon padaMU dengan sangat..

Aku tetap teruskan hidup sehinggalah aku habis SPM..Aku mencuba macam2 jenis pekerjaan.Aku pernah kerja sebagai pembantu restoran dan sebulan aku tak balik rumah kerana aku benci duduk rumah lagipun tiada siapa yang kisah dengan aku sebab diorang benci aku..Selama sebulan aku tak balik rumah mak dengan ayah aku tak pernah telefon aku sehinggalah aku berhenti kerja sebab tak tahan kerana terlalu banyak kerja dan gaji untuk sebulan tu aku ingat lagi dapat RM124.00 je..Bayangkanlah kalau aku berkeluarga..


Cahaya Menerpa..


Selepas pada waktu tu ALLAH s.w.t Maha Penyayang lagi Maha Pengasih kerana memberi peluang pada aku dengan memberi peluang sambung belajar di tingkatan6. Aku gembira sangat walaupun pada asalnya tak nak belajar dan sebab sekolah yang sama. Namun niat aku nak berubah tertanam jauh disudut hati aku..

Maka aku belajarla dan kali ini lebih baik dari sebelumnya..Guru aku pernah tegur aku yang aku tak macam dulu sebab dulu aku teruk selalu ponteng kelas..Lari keluar sekolah panjat pagar dan macam2 lagilah walaupun pada ketika itu aku pengawas..Macam2 usaha aku buat sehingga cikgu pun percayakan aku..Ketika aku di tingkatan6 aku jatuh cinta dengan seorang perempuan. Nurhamidah Najihah namanya..Sedap comel macam orangnya..Aku berkenanlan dengannya..Namun selepas waktu itu dia berpindah sekolah kerana dia jauh..Aku berpisah dengan dia..dari situ jugalah aku ambil peluang untuk meluahkan peraan terhadap dia..Bulan bagaikan jatuh keriba bila dia terima cinta aku..Aku pun mulalah berangan-angan..Aku cakap kat dia yang aku akan jadikan dia sebagai pendorong semangat aku untuk belajar..Namun harapan tinggal harapan yang tak pernah tercapai sejak dari mula lagi aku jatuh cinta..Rupa2nya dia dah berpunya dan dia terima aku sebab nak main2kan aku je..Aku terluka sangat2..Aku memang memalukan kaum Adam sebab selama ini aku meluahkan perasaan kat dia,menceritakan segala masalah dan cuba berkongsi bebanan dan mengharap kasih dan perhatian,dusta yang aku dapat..Aku menangis selama 2minggu berturut2..Aku sakit dan bertambah kurus..Pelajaran aku agak terganggu..Selepas dari itu aku mula benci perempuan tetapi aku cintakan dia.Aku masih cintakan dia..Tapi itu dulu kerana perasaan itu sudah tiada..Aku hanya jadikan dia sebagai titik perubahan aku..

Aku mula mendekatkan diri dengan ALLAH…Lebih dekat dari sebelum ini..Aku sedar aku dah banyak sangat2 dosa..Aku tetapkan terus belajar walaupun keseorangan namun aku tahu ALLAH s.w.t tak pernah meninggalkan aku..Naik je aku ke tingkatan6 atas aku diberi tanggungjawab sebagai Ketua Pengawas..Aku tak sangka dari aku hanya pengawas biasa terus dapat jadi ketua..Ada lebih 80orang anak2 buah aku..Namun mungkin aku tak pandai mengurus dan disebabkan fikiran masih tak stabil, maka cara aku menguruskan persatuan pengawas agak keras..Sehinggalah aku letak jawatan tetapi diambil semula oleh lima orang cikgu yang percayakan aku waktu tu sebagai penolong pengawas..Aku berpuas hati dan bersyukur setakat mana aku berada kerana dalam masa yang sama aku banyak aktif dalam berpesatuan, sukan, kelab beruniform, perkhemahan dan macam2 lagi.Semuanya bagi mengubah diri aku kepada seseorang yang lebih baik..Alhamdulillah segala masalah dapat aku lupakan dengan cara aku menyibukan diri..Aku mula menjadi kebanggaan mak dan ayah aku sebab aku dah banyak berubah mungkin sebab mereka nampak aku ada potensi..Aku tahu walaupun dulu mereka benci aku tapi aku dah buang semua tu sebab aku saying kat mereka..

Terang Tak Bersuluh…

Selepas STPM sekali lagi aku buat macam2 kerja sementara aku tunggu keputusan keluar.Mengharap jugalah aku nak masuk Universiti..Dalam borang mohon masuk universiti tu pilihan pertama aku nak masuk UUM bidang Ekonomi sebab masa tingkatan6 sebelum ni aku amik subjek Pengajian Perniagaan,Pengajian Am,Ekonomi dengan Bahasa Melayu….

Hari berganti2 dan tibalah keputusan aku dapat keputusan STPM..aku dapat A- (P.Am), C (B.M), B- (Ekonomi), C ( P.P).Biasa je namun aku bersyukur sebab aku tidaklah pandai sangat tetapi tetap mengharap untuk masuk Universiti…

Kemudian sampailah ketikanya aku dapat keputusan kelayakan ke Universiti..Aku cek kat Cyber Caye melalui Online…Malangnya aku tak berjaya..Aku pulang terdiam dan tergamam terkubur seribu harapan dan impian. Pulang je aku kerumah aku, mak akulah yang aku nampak pertama sebab dia duduk kat ruang tamu sambil lipat kain.Aku masuk kerumah dan perlahan aku beritahu padanya..”Mak, bancik tak dapat masuk Universiti”.Mak aku hanya terdiam dan meneruskan melipat kain2nya..Aku pun berlalu dan terdiam tak terkata sebab aku dah mengecewakan mak aku..Aku tak bagitahu pun ayah aku waktu sebab tak tahu nak cakap macam mana dan selepas tu mungkin mak aku sendiri yang bagitahu pada dia..Malam tu aku tak dapat nak tido..Aku teringat balik hal siangnya..Aku macam takda perasaan..Yela dapat keputusan tak dapat masuk U pun boleh takda rasa ape2..Kemudian tanpa ditahan2 aku menangis teresak2 sebab dan mengecawakan harapan mak aku yang selama ini dia cakap dia nak sangat tengok aku dan adik2 yang lain masuk U..Aku menangis tak tahu berapa lama sehinggalah aku terlena..Esok harinya aku terbangun bagaikan ada sesuatu yang mendesak dan tanpa rancang aku teringat akan abang senior aku yang juga bekas form6.dia 2tahun lagi tua dari aku..Mohd Izwan namanya..orang jawa..Aku pergi berjumpa dengan dia dan ceritakan apa yang dan berlaku segalanya pada dia..Lalu dia terus membantu aku.Katanya aku perlu buat surat sokongan untuk masuk U dan dalam masa yang sama dia suruh aku merayu untuk masuk U mlalui e-Rayuan..Waktu tu Cuma dua pilihan je..Pertama di UMS kos Ekonomi Kewangan Antarabangsa dan kdua kt UNIMAS kos ekonomi.

Sejak dari itu dia banyak membantu..Aku ulang-alik ke sekolah dan cikgu2 pun membantu aku..Cikgu aku menghulurkan wang lagi..Nama cigu aku tu Norzaiwati..Cikgu Pengajian Am aku masa form6..Dia memang banyak membantu aku sejak Lower6 lagi.Aku terhutang budi dengan dia sangat2..Malah abang Izwan turut ingin menyumbang duit tapi aku menolak sebab aku segan sebab dia dah banyak menghantar aku dan sanggup datang ulang-alik hantar aku naik kereta Gen-2 biru dia..Dia sekarang tahun akhir di UPSI mengambil kursus sebagai guru musik.

Alhamdulillah segala usaha aku dan bantuan juga doa semua termasuk guru2 aku makbul.Aku diterima masuk ke UMS Labuan untuk melanjutkan pelajaran.Aku gembira macam nak nangis pun ada.Balik je keadaan seperti berulang kembali..Mak aku juga orang pertama yang aku nampak sebelum aku masuk kerumah sedang melibat kain diruang tamu..Aku masuk ke dalam rumah dengan memberi salam yang gembira lalu aku cium dahi dia sambil memberi berita..”Alhamdulillah…”itulah katanya ringkas tetapi wajahnya berseri2..Aku tahu dia gembira keraha hajatnya nak anak dia masuk U terlaksana..Dan itu jugalah kali pertama aku kecup dahi mak aku sebab sebelum ni tak pernah aku buat macam tu..Mungkin inilah rahmat yang tersembunyi yang ALLAG s.w.t simpan untuk aku setelah sekian lama aku menderita..Aku SMS juga ayah aku dan dia turut memberikan kata dua yang ringkas..Rasa macam tak puas hati pun ada jugak tapi aku tahu pengorbanan dia selama ini berbaloi..

Aku pun mulala bersiap untuk pergi berangkat ke U namun agak sedih juga kerana sendirian tak berteman ke negeri orang jauh dipisah oleh laut cina selatan.Labuan..Itulah tempatnya kali pertama aku mendaftar..Alhamdulillah ada kawan cina aku seorang yang masuk disitu juga dan dialah yang banyak membantu diawal aku mendaftarkan diri dimana skaranglah tempat aku belajar..


Tahun Ke Tahun Berikutnya…

Tahun pertama aku diuniversiti agak terumbang-ambing sebab aku masih bagaikan tak percaya aku di U..Namun aku tetap teruskan hidup..Pada awal di U aku berkenalan dengan Sutrisno Djeremias orang jawa sabah dan Mohd Abdillah Matlin orang Bajau Sabah, tinggal di Inanam Kota Kinabalu Sabah..Merekalah Sahabat2ku dan dengan mereka jugalah aku mengenal BADAR (Badan Dakwah dan Kerohanian) dimana disinilah banyak yang aku elajar mengenai ilmu agama dan muhasabah diri agar menjadi seorang yang lebih baik..Aku terhutang budi kepada persatuan ini dan semua ahli2 tak kira mantan,pimpinan dan ahli2nya iaitu sahabat2 aku sendiri..Dan disinilah juga aku temui seseorang yang bergelar “Sabahat” yang selama ini aku cari…Salah seorangnya Hasli B Halida yang pernah menangis keranaku..Aku terharu..Aku terhutang budi pada mereka juga semua..Janjiku bahawa sesekali aku tak kan pernah meninggalkan BADAR sampai bila2 walaupun aku tak dapat nak menyumbangkan apa2 pada persatuan juga gerakan..



Memori yang tidak dapat dilupakan

Tentunya setiap dari kita ada memori yang tidak dapat dilupakan. Antara memori yang aku lalui ketika bergraduat pada tarikh keramat 11-10-2010. Tragedinya cuma mudah. Aku mengumpul duit selama hampir 3tahun untuk membawa kedua ibubapa aku hadir bersama ketika aku bergraduasi tetapi harapan itu hancur ketika tarikh berkonvo bertukar tarikh dari 10hb-10 kepada 11hb-10. Halnya kerana tiket penerbangan balik kedua ibu bapa aku adalah pada malam 10hb itu juga. Terasa hancur hati dan aku hampir menitiskan air mata.

Ketika seusainya upacara bergraduat, hati aku jadi bertambah pilu pabila semua rakan-rakan bergembira disamping keluarga masing-masing dan aku ditinggalkan terkontang-kanting keseorangan. Aku cuma mampu duduk disudut tempat yang bukan menjadi tumpuan keramaian. Air mata aku hampir menitis tapi aku tetap kuatkan hati kerana aku tahu mak ayah aku sayangkan aku dan aku tidak mampu sepertimana mereka semua. Kejadian itu tidak berakhir disitu. Aku ditinggalkan kawan-kawan bersama keluarga masing-masing. Aku keseorangan dan terpaksa balik kehotel yang aku sewa ditengah-tengah bandar Kota Kinabalu. Lama aku menunggu ketibaan bas sehingga berjam-jam lamanya dan sepanjang waktu itu aku cuma mampu menahan sebak sambil melihat para graduan yang lain bergembira. Aku lalu ditegur bahawa aku menunggu bas ditempat yang silap dan kemudian aku berlalu mencari tempat yang betul dan menunggu beberapa jam lagi sebelum ketibaan bas untuk ke bandar. Dibandar pula aku tersesat ditengah lautan bangunan tinggi sehingga aku rasa seperti berputus-asa kerana terlalu banyak dugaan aku tempuhi. Air mata aku cuma mampu bergenang.

Aku merasakan itu semua dugaan dan aku mampu atasinya tanpa mengalirkan air mata


3 Tahun Berlalu..

Sepanjang perjalanan yang ditempuh, aku juga sentiasa mendambakan cinta yang abadi. Cinta yang aku cari-cari sehingga kini. Hati mana yang tidak mahu disayangi. Bukan mendambakan cinta dunia semata-mata. Tetapi cinta dimana seluruh kasih sayang dapat dicurah dan dikongsi pada jalan yang halal. Pernah terfikir andai aku dikurniakan rezeki yang berlebihan, aku ingin berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Kini setelah usai pengajian sepanjang dimenara gading, perjalanan hidup semakin sukar dan terasa panjang. Apatah lagi keputusan sekadar mampu untuk bergraduat. Namun aku tahu pasti ada rezeki suatu hari nanti. Aku pernah merasakan betapa indahnya bila bertemu dengan seseorang yang menyukai diri kita yang mana dalam masa yang sama menyukai kita dalam diam. Terasa indah sekali dan bermacam impian ingin dibina bersama. Andai ALLAH s.w.t memberi peluang padaku. Aku ingin menjadi orang pertama yang datang kedalam hidupnya.

Cinta itu indah, dan lebih indah apabila dapat mencintai orang yang dicintai tapi mungkin aku masih belum layak untuk mencintai dan dicintai apatah memiliki cinta dirinya yang suci. Aku tidak pernah meminta dan mengharap lebih dalam apa-apa kehidupan aku yang mana aku cuma menginginkan kesederhanaan semata-mata.

Terlalu banyak kesakitan yang aku lalui kini dan aku merasakan tidak mampu untuk berdiri dan hampir hilang minat keatas segala-galanya. Tetapi aku tahu aku cuma ada kedua ibu bapa aku sahaja dan merakalah faktor utama kenapa aku memaksa diri untuk terus "berdiri" pada dunia ini. Jauh disudut hati ini seperti telah mati dan tak mampu untuk tersenyum lagi. Tapi aku tahu, mungkin ini semua balasan atas dosa-dosa aku pada hati yang telah aku sakiti dan balasan atas dosa-dosa yang mungkin tak mampu aku tebus.

"Perjalanan aku masih perlu diteruskan walaupun banyak lagi sebenarnya yang tidak diceritakn tetapi biarlah ia menjadi rahsia hidup aku..Bagi sesiapa yang tidak disebut bukan bermakna kamu tidak diingati dan dihargai tetapi seseorang yang dihargai akan tersimpan dalam hati dan doaku sentiasa untuk kamu sejahtera dunia akhirat…Moga ALLAH s.w.t memberi kekuataan dan keteguhan iman padaku.."Amin…

Sunday, September 14, 2008

Langkah Pertama


Assalamualaikum pembuka bicara..

Ana baru belajar "bloging" mohon tunjuk ajar dan kritikan yang membina ya??
syukran jazilan...

(^_^)
Photobucket

inMemory