Tuesday, June 9, 2009

CINTA

Cinta..
Sungguh indah disebut dan keindahan itu ada penjelasan yang pelbagai dari individu yang berbeza. Ada yang baik dan ada yang tidak. Ramai diantara kita tentunya mengharapkan yang terbaik namun segala yang terjadi tidak selalunya seperti apa yang dimahukan. Bukan ingin memberikan perspektif yang negatif atau buruk sangka tapi itulah yang selalunya terjadi dan mereka yang sering menjadi mangsa adalah wanita.

“Wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik” – Surah An-nuur(24) – Ayat 26


Menyebut tentang ayat diatas ada diantara kita yang merasakan diri tidak layak untuk seseorang yang baik kerana alasannya “saya tidak baik”. Benar. Benar jika kita merasakan diri tidak layak maka kita memang tidak layak, tetapi kiranya kita merasakan diri kita layak untuk mendapatkan yang baik maka kita sememangnya layak. Tetapi usaha yang penting haruslah baik dan terbaik. Ada pula yang mengatakan “Aku berhak dapatkan yang lebih baik” atau”Aku nak yang lebih baik”. Ini pula kata-kata mereka yang terlalu yakin dan riak malah kurang bersyukur. Sekadar selingan. Maaf kiranya ada yang terasa.

Pesanan buat mereka bergelar lelaki. Setiap wanita itu cantik, indah dan mempunyai keistimewaan mereka masing-masing. Namun, andai kita mencari aspek itu dalam erti kata cinta yang ingin kita miliki maka kita akan berjumpa dengan jalan yang tiada penghujungnya dan akhirnya kita hanya sesat dalam permainan perasaan dan nafsu sendiri.

Pesanan buat wanita. Cinta buatmu bagaikan sesuatu yang wajib dan begitu penting. Namun peliharalah dan fikirkanlah berkali-kali sebelum bercinta dan fahamilah dahulu apa itu cinta. Adakah cinta itu maksudnya, hilang segala-segalanya?Renung-renungkanlah.

ALLAH s.w.t itu Maha Agung percaturanNYA dan segala yang telah tertulis di Luh Mahfuz hanya DIA yang mengetahui. Kita sebagai hambaNYA wajib untuk terus berusaha dan tidak berPUTUS ASA seiring dengan sulaman SABAR yang tidak mengenal erti jemu dan diadun sama DOA yang tidak henti-henti. Kadang-kadang ada antara perkara dalam hidup kita yang kita mahu, kita tidak memperolehinya kerana DIA lebih tahu apa yang kita perlukan kerana DIA jugalah yang Maha Mengetahui aturan terbaik perjalanan hidup kita.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.-Surah Al-Baqarah ayat 216"

Kita semua mengharapkan yang terbaik namun sedarkah kadang-kadang dalam mencari yang terbaik itu membuahkan cacat cela. Bila dilihat puncanya, hanya kerana kita tidak bersyukur pada DIA. Sering lupa dan tamak dan ingin terus meratah nikmatNYA tanpa “membayar” harga sebagai hambaNYA.

Manusia itu sempurna, namun dalam kesempurnaan yang ALLAHs.w.t ciptakan, sengaja DIA meletakkan kekurangan agar dengan kekurangan itulah DIA ingin mengajar kita untuk sentiasa ingat pada DIA dan berusaha untuk menjadi sempurna walaupun sempurna itu hanya DIA. DIA terlalu sayangkan kita kerana kita ummat Baginda tapi fikirkan semula adakah kita sayangkan DIA dan segala jasa Baginda?Apakah bukti CINTA kita pada DIA dan Baginda?

Cinta harus disulam keikhlasan. Namun cinta bagaimanakah yang kita cari-cari? Fitrah sesama manusia ingin mencintai dan dicintai. Penceritaannya pelbagai. Ada diantaranya mula baik dan berakhir buruk. Bermula buruk dan berakhir baik. Baik mula dan tamatnya, begitu juga sebaliknya. Ada sesetengah mengatakan tidak salah untuk bercinta dan ada yang mengatakan HARAM bercinta atau “couple”. Ramai anak muda yang tidak faham kenapa terjadi begitu, namun bila mengetahui akan kenapa terjadinya haram, lebih ramai yang buat-buat tidak faham. Adakah disebabkan mereka yang memberi kefahaman itu tidak mampu untuk menyampaikan?Atau tidak ikhlas dalam menyampaikan atau hanya sekadar bermuka-muka kerana ingin menunaikan kewajipan “Amar Makruf” tetapi kurang “Nahi mungkar”. Berbalik semula kepada persoalan asal. Puncanya pada individu, untuk apa bercinta? dan benarkah cinta yang dicari..

Ada firman ALLAH s.w.t mafhumnya “Maka setiap yang berlaku itu berpunca dari kesalahan diri kita sendiri”. (Saya tidak ingat ayat mana – mohon diperbetulkan kiranya salah)

Sekadar perkongsian peribadi bukan prejudis, cinta remaja kini 99% kerana nafsu dan ingatlah bahawa apabila nafsu menguasai akal maka kita hanya menjadi hamba syaitan. Hasilnya, kerajaan berakyatkan benih-benih haram. Namun siapakah yang harus dipersalahkan?Remaja?Cinta?Ibu Bapa?Kerajaan? Jawapannya, adalah diri sendiri.
Cinta itu indah, lebih indah jika dihiasi dengan keimanan. Ketakwaan membawa berkat dan peliharalah cinta kerana ALLAH. Jika ingin mencari keredhaanNYA, maka lihatlah dengan mata iman. Apa yang wajib, harus dan haram. Disitulah kita berjumpa dengan cinta tiada tandingan.

Hakikatnya, kita diakhir zaman. Zaman kehancuran akhlak dan peribadi. Islam menjadi musuh kepada semua.

“Dan tidaklah redha orang-orang yahudi dan nasrani kepadamu(Muhammad)sehinggalah engkau mengikuti agama mereka..." surah Al-Baqarah ayat 120.

Ingatlah pesan Rasulullah s.a.w, “Islam itu mulanya yatim,dan akhirnya yatim…” (Betulkan kiranya saya salah). Hayatilah ayat ini sedalam-dalamnya.

Yang baik semuanya datang dari DIA, dan segala kesilapan dan kesalahan bahkan dalam penyampaian saya yang tidak tersusun kiranya salah fakta, mohon teguran dan pembetulan. Saya lemah dan selemah-lemah hambaNYA yang sentiasa membuat dosa. Moga sekadar perkongsian yang tidak seberapa ini membuahkan sedikit peringatan dan kesedaran.Ingatlah, selagi kita mengaku kita Islam…Masih ada iman dalam diri dan itulah yang paling berharga dan hargailah selagi masih ada kesempatan yang ALLAHs.w.t beri pada kita. Moga ALLAHs.w.t sentiasa mempelihara kita dalam lindungan RahmatNYA dan digolongkan dikalangan ahli syurgaNYA, amin…
Wallahu’alambisawab…

Maksud firman Allah: Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami(ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata(tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.(Al A'raaf:179)



Cintailah Illahi
Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com

Rasa cinta
Adalah satu anugerah tuhan pada hambaNya
Dan kerananya manusia sanggup apa saja
Asalkan dia memiliki apa yang dicita

Kerna cinta
Sanggup berkorban apa saja, harta dan nyawa
Setiap detik hanya memikirkan tentang si dia yang tercinta
Ingin bersama sepanjang masa

Tetapi pastikah cintamu dihargai
Mungkinkah si dia kan tetap setia
Setelah kau serah jiwa dan ragamu
Mungkinkah kau pastikan tidakkan dihancurkan

Jika engkau mencintai bunga
Sedarlah engkau bunga itu akan layu
Jika engkau cintakan manusia
Sedarlah suatu hari dia akan pergi

Jika engkau mencintai harta
Harta itu nanti kau akan tinggalkan
Jika engkau cintakan Ilahi
Hanya Dia yang akan kekal abadi
Cintailah Ilahi…

inMemory