Tuesday, April 28, 2009

HARTA BERTIMBUN MENYEBABKAN 5 PERKARA




DARI SUFIAN AS-SAURI:

"TIADA TERKUMPUL HARTA DISISI SESEORANG PADA ZAMAN INI MELAINKAN TIMBUL DIDALAM DIRINYA 5 PERKARA INI":

1)PANJANG ANGAN-ANGANNYA

2)SENTIASA TAMAK(TIDAK PERNAH CUKUP DENGAN YANG SEDIKIT)

3)SANGAT KEDEKUT(BAKHIL)

4)BERKURANG WARAKNYA(TIDAK PERNAH MERASAKAN DIRINYA ADALAH SEORG HAMBA KPD ALLAH S.W.T&MAKIN CINTAKAN DUNIA)

5)LUPA KEPADA AKHIRAT(MAKIN JAUH DARI RAHMAT ALLAH&MEMBENCI AKAN NASIHAT/PERINGATAN)


"RENUNGKANLAH,MOGA DGN SEDIKIT PERINGATAN INI DAPAT MENINGKAT KN LAGI TAQWA KITA PADA ALLAH S.W.T"


Wallahu'alambisawab...

Thursday, April 23, 2009

Epilog Seorang Aku...

Adalah lebih menyakitkan untuk menerima kesakitan pedih kenyataan yang buruk..
Adalah sukar menerima kepedihan yang tidak kita ingini..
Adalah payah untuk segala-galanya apabila ia adalah salah kita..
Adalah terasa sakit bila ia semua dosa-dosa kita..
Adalah susah untuk sembuh apabila hati tidak dapat merelakan..
Adalah mudah untuk lidah berkata-kata..
Adalah senang untuk senyuman terus terukir seribu keindahan..
Adalah indah tingkah dan laku berperi warna kegembiraan..

Namun..
Hanya DIA sahaja yang tahu...


"Dosa-dosaku tidak terhitung disisiMU ya ALLAH..Begitu juga dosa-dosa dikalangan hamba-hambaMU sndiri..Aku mengharap dan terus mengharap..Agar ketentuan yang engkau berikan, adalah demi kebahagiaan orang yang aku sayang terutamanya..Untuk diriku, ENGKAU kemudiankanlah ya ALLAH..biarlah sekadar mencukupi...Ampunkanlah dosa-dosa semua orang-orang yang pernah aku kenali mahupun yang kurang kenal..Sampaikanlah Salam ku buat Baginda junjungan Rasulullah s.a.w yang ENGKAU cintai..katakanlah aku hanya seorang hamba yang lemah dan berdosa ingin sangat berjumpa dengan Baginda walaupun merasakan tidak layak langsung..Sampaikanlah pada sahabat-sahabat Baginda Rasulullah s.a.w bahawa aku sangat kagumi mereka..Kalau boleh aku nak jadi seperti mereka..Hidup mati hanya keranaMU dan RasulNYA..Sampaikanlah salamku kepada semua para salafussoleh, tabi tabi'in yang mencintaiMU..Aku cemburu sebab aku tak mampu mencintaiMU seperti mana mereka..Sampaikanlah kepada kedua ibu bapaku..Aku mintak maaf kalau aku tak mampu untuk membalas segala perit jerih mereka..Sampaikanlah jua salamku pada para sahabat dan sahabiahku kerana aku tidak seperti mereka..Ya ALLAH..Secebis usaha yang aku ada ini..Aku tujukan buatMU..Izinkanlah aku untuk walaupun sebesar zarah pahalaku untuk aku persembahkan padaMU..Kerana mungkin itu sahaja aku mampu...Ya ALLAH..Aku cinta padaMU..."

Sunday, April 19, 2009

3 Tanda Kotoran Hati




Assalamualaikum...
Kali ni saya kongsikan 3 tanda kekotoran hati. Hati yang bersih terpancar pada sinar cahaya wajah dan dapat dikenalpasti dari tutur kata, perbuatan, perilaku dan pemikiran yang bersangka baik setiap masa.
3 tanda kekotoran hati saya mulakan dengan…


1. Dengki
Amat cepat dengki dengan kemajuan orang lain. Bukan sekadar cemburu, tapi berusaha menjatuhkan sesiapa saja yang didengki olehnya. Orang sebegini bijak bersandiwara.

2. Tamak
Asyik mahu membolot semua kelebihan yang ada, merasa dia lebih layak mendapat lebih berbanding orang di sekelilingnya.
Orang yang tamak tak pernah bersyukur, bahkan mereka merasa nikmat yang ada masih belum cukup. Oleh kerana itu, mereka sentiasa berusaha membolot hak milik orang lain dengan apa cara sekalipun, tak kira dengan walau caranya haram.

3. Banyak Bercakap Seolah-olah Dia Tahu Semua Perkara.
Biasanya orang sebegini mahu dirasakan kehadirannya penting.
Oleh itu, dia akan banyak bercakap, sangat banyak untuk memperlihatkan yang dia tahu banyak perkara dan mahu memberitahu minda orang bahawa dia boleh bercerita pasal apa saja.

Tapi, dia tak pernah ambil tahu sama ada apa yang dia ceritakan itu bohong, khabar angin atau fakta.

Anda perlu berhati-hati dengan orang sebegini, kerana mereka bijak membuat fitnah dan pandai berlakon. Dia pandai membuat fakta dan biasanya, lebih banyak bercakap daripada bertindak melakukan apa-apa.

Muhasabah diri Anda. Andai sikap sebegini ada pada Anda, ubah segera hari ini juga!.
Pilih untuk menjadi orang yang cemerlang.
Cemerlang dari segi sikap, perangai, tutur kata dan fikiran.

~Wallahualambisawab..

Wednesday, April 15, 2009

Pertama Kali...

Assalamualaikum...
salam sahabat buat semua yang berkunjung ke blog aku yang serba daif ni..
Sekadar perkongsian..

Tanggal 14hb April 2009 bersamaan dengan hari selasa..
satu hari yang menjadi sejarah buatku..
tapi mesti lupa sebab aku ni pelupa, hehehe~

Apa yang terjadi segala-galanya adalah kali pertama..
Bagaikan tidak disangka-sangka..
Aku keluar dengan kawan aku untuk "release tension"..
ambil angin sebelum aku mula untuk menghadapi peperiksaan akhir semester 2 tahun 2 aku..
Pertama kali, aku pergi ke lapangan terbang untuk uruskan hal tiket aku..
Kemudian pergi ke McDonald sebab kawan-kawan aku mahu makan disana..
Apa yang terjadi pertama kalinya bagi babak yang pertama adalah, kereta aku disaman dan itulah kali pertama aku disaman..
Yang menjadi persoalan ketika mendapat kertas itu, aku tertanya-tanya..
Adakah ini surat saman?
Sebab aku tak tahu pun surat saman tu macam mana..
Hehhehe~
Kemudia aku beranjak terus ke bandar..
Kawan-kawanku pergi ke Mall untuk membeli barang dan aku bersama temanku pergi ke balai polis untuk membayar saman..
Kemudian aku berhadapan dengan seorang kakak polis dikaunter..
Aku bertanya..
tidak bolehkah tidak saman sebab aku bukan lama pun berada disana tiba-tiba sahaja disaman..
Akak tu mengatakan aku tetap disaman..
Namun apa yang melucukan, dia kata "Saman ni dik harga dia RM70 tapi lepas DISKAUN adik cuma kena bayar RM30 je..."
Aku rasa macam nak gelak je waktu tu..
Saman pun ada diskaun-diskaun ke??
Kenapa tak diskaun sampai tinggal RM 10 ke RM5 ke??
hehehehe~
Nak tak nak aku bayarlah juga saman tu..
Lebur duit aku
Hahahaha~


Inilah resit samannya~

Hari itu terus berlalu..
Dan kemudian aku mendapat panggilan dari seorang sahabat untuk mengambil dia di kampus kerana ingin ke bandar..
Lalu sebelum itu aku uruskan dahulu urusan-urusan yang perlu dilangsaikan dan aku menghantar pulang rakan-rakanku..
Ketika menghantar rakanku ke kolej kediamannya,
Aku terbabit dalam satu kemalangan..
Dan itu jugalah kemalangan yang pertama kalinya berlaku ketika aku membawa kereta..
Alhamdulillah kereta yang aku bawa tidak mengalami kerosakan..
Keadaannya berlaku apabila ketika aku mengundurkan kereta dan aku terlanggar kereta dibelakang dimana pada mulanya aku lihat tiada pun kelihatan..
Keadaan pada waktu untuk menyelesaikan masalah tersebut agak lama bagi mendapatkan persetujuan..
Akhirnya aku juga yang dikatakan bersalah dan aku terima dengan redha..
Aku diminta untuk membayar 75% daripada jumlah pembaikpulihan nanti..
Hari ini aku mendapat tahu jumlahnya..
Begitu mahal sedangkan kerosakannya tidaklah begitu teruk..
Tapi tidak mengapalah..
Mungkin salah aku semua ni berlaku..
Lebur gila duit aku lagi..
huhuhu~

Namun yang penting,
rakan-rakanku terhibur walaupun niat asalnya ingin melepaskan tekanan..
Maaf buat rakan-rakan yang turut terlibat sama..
Apa-apa pun kenangan ini tetap menjadi satu kisah yang agak lucu untuk diingatkan semula buatku..

"Hanya ALLAHswt sahaja yang tahu bebananku dan moga DIA menjadikan segala yang berlaku ada hikmah disebaliknya dan menjadi pengajaran khususnya buat diriku..."



~Wallahualambisawab...

Saturday, April 11, 2009

Petua Paksa Diri Untuk Berjaya



Saya andaikan Anda sudah ada matlamat saat anda membaca tips motivasi kali ini. Yah, matlamat Anda itu sudah ditulis di atas kertas dan Anda sudah sedia untuk mencapainya.

Tetapi, masalah timbul.
Anda malas, kurang bertenaga, lebih banyak mendengar cakapan negatif, kurang inspirasi bahkan terfikir nak berhenti dari berusaha, lebih baik duduk diam-diam saja.

Anda terfikir nak push diri sendiri. Anda perlu PAKSA diri Anda.
Tapi bagaimana? Saya kongsikan 5 petuanya dibawah…

Pertama,
anggap matlamat yang Anda dah tu penting, sangat penting bagi Anda, ibarat nyawa serta maruah Anda bergantung padanya!

Kedua,
bajetkan masa. Bagi sesetengah orang, mereka set time limit dalam sehari, seminggu, sebulan. Untuk setiap jangka masa, tetapkan matlamat-matlamat pendek yang mesti dicapai.

Ketiga,
baca matlamat Anda lebih dari sepuluh kali sehari, kalau boleh setiap setengah jam dalam sehari! Ia membuat semangat Anda membara setiap kali membacanya.

Keempat,
lupakan perkara lain yang kurang penting, selupa yang mungkin sampai Anda tak ingat langsung. Ini termasuk berjalan-jalan tanpa membeli satu apa, berbual kosong, melebihkan hiburan dari bekerja, melebihkan rehat dari usaha.

Kelima,
sentiasa berfikir cara bagaimana nak mencapai matlamat tu, tanya diri apa lagi cara yang boleh Anda gunakan. Timbul saja idea, buat terus!


Wallahu'alam bisawab..
moga mendapat manfaat dariNYA...
(^_^)

Thursday, April 9, 2009

Air mata Rasulullah s.a.w



Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yangmembalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan didunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah,Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: "Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada didalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku". Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Sekadar Perkongsian~

Diri ini terlalu hina namun ingin berjumpa dengan dia Baginda Rasulullah s.a.w insan agung sepanjang zaman..
Pesanan buatku terutamanya dan semua ummat Baginda..
Cintailah Baginda disetiap ketika dan waktu kerana Baginda begitu mncintai kita ummatnya tanpa pernah mengenali siapakah diri kita sekalipun..
Sensungguhnya mencintai dirinya lebih agung dan suci dan itulah bukti sama kita mencintai Ilahi ya Rabbi..
Jangan biarkan cinta dan kasih memperingati dirinya pada hari keputeraan baginda sahaja..
Tapi ingati dan sanjungilah Baginda Sepanjang zaman..

Hayatilah...


video

Ya Rasulallah...

Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia ?kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu

Monday, April 6, 2009

Membina Sikap Pemaaf Dengan 3 Langkah




Kali ni saya kongsikan 3 tips untuk membina sikap pemaaf dalam tiga situasi berbeza.


1. Sebelum tidur

Pada waktu Anda nak melelapkan mata, ambil masa 5 minit untuk melakukan teknik ini. Bayangkan kesemua wajah-wajah orang yang menyakitkan hati Anda dan yang membuat Anda geram.

Selepas, itu, tarik nafas dalam kiraan 7 saat, tahan dalam kiraan 7 saat lalu hembus perlahan-lahan dalam kiraan 7 saat. Relakskan diri..longgarkan semua otot, sendi dan elak dari memikir apa-apa.

Kemudian, tutup mata. Bayangkan Anda berjumpa dengan orang-orang yang menyakitkan hati Anda tu, ibarat bertemu di sebuah meja bulat.
Dalam bayangan minda, katakan pada mereka yang Anda maafkan mereka. Katakan begini dalam hati “aku maafkan kamu, kamu dah tak ada apa-apa salah denganku, sekarang pergi”.

Hadirkan rasa kemaafan dalam diri Anda, hadirkan sehadir yang mungkin. Bayangkan wajah-wajah mereka lenyap, semakin lenyap, kabur, semakin kabur lalu terus menghilang. Anda akan rasa tenang selepas itu.
Jangan fikir apa-apa selepas 1 minit, Anda boleh tidur terus kemudiannya. Esok pagi, Anda akan bangun dengan penuh bersemangat!


2. Di waktu siang
Setiap kali Anda sakit hati, geram, menyampah, meluat atau tidak puas hati, maafkan sesiapa sja yang menyakitkan hati Anda tu. Maafkan semaaf yang mungkin, kemudian lupakan selupa yang mungkin (jangan cuba nak ingat lagi).

Ia sukar pada peringkat awal, tapi bila dah berkali-kali melatih diri dalam sehari, ia akan menjadi tabiat Anda. Lama-kelamaan, membentuk Anda jadi insan pemaaf.
Buat dulu baru tau kesannya!


3. Ketika makan atau minum
Makanan dan minuman yang masuk ke perut kita membawa bersama energi dari emosi kita .
Senang cerita, jika ketika Anda minum mood Anda happy, Anda akan jadi hepi sepanjang hari. Kalau time minum atau makan tu Anda murung, marah, geram, sakit hati, maka Anda akan jadi begitu juga sepanjang hari untuk hari-hari seterusnya.

Jadi, bila Anda sedang makan atau sedang minum atau berada di depan makanan, elak berubah menjadi pemarah, melahirkan rasa tak puas hati atau mengumpat keburukan orang.

Sebab, emosi yang terbit dari minda akan akan menghasilkan energi lalu ikut bersama makanan atau minuman Anda.

Lebih baik kiranya bila time makan atau minum, Anda hadirkan rasa kemaafan, rasa kekitaan dan persahabatan. Hadirkan seboleh yang mungkin, sehadir yang mungkin, selama yang mungkin. Ubah diri menjadi happy.

Anda akan senang memaafkan kesalahan orang lain lalu melupakannya. Elak dari mengingat semula kesalahan-kesalahan tu, walaupun sedikit.

Sunday, April 5, 2009

Ya ALLAH...


Ya ALLAH..
Hidup ini penuh onak duri dugaan dan cabaran..
aku telah kian lama melupakan diriMU..
lari jauh dariMU..
Ya ALLAH..
Redhakanlah hatiku..
Bukakanlah pintu hatiku dan berikanlah aku hidayahMU ya ALLAH..
Cintakanlah aku hanya padaMU..
Ya ALLAH..
tegarkanlah aku hanya untukMU..
Ya ALLAH..
aku hanya bermohon padaMU..
Ya ALLAH..
Engkaulah satu-satuNYA..
Engkau yang memberi dan Engkau jugalah yang menarik semula semua ini..
Ya ALLAH..
Redhakanlah hati aku..
aku bermohon padaMU dengan sangat..



"Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya..."

Friday, April 3, 2009

Secebis Peringatan Untuk Diri Sendiri


Assalamualaikum w.b.t...

Kali saya ini kongsi pesanan-pesanan lama untuk mengingatkan diri saya dan yang lain.

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali …
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan ‘Laa ilahaillallah,
Muhammadar Rasulullah’, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya …..
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4.. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.


Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur’an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Wednesday, April 1, 2009

Dunia Sudah Berakhir..

Segala-galanya tidak seperti dulu..
Kini semuanya telah berubah..
Tidak hairanlah jika ini akhir zaman..
Yang salah tetap kekal benar dipandangan mata..
Yang benar disalahkan walau punyai bukti kukuh..
Dosa dan maksiat dibangga-banggakan..
Amar makruf seperti hidup segan mati tak mahu..
Segalanya begitu pedih..
Namun yang paling hina adalah diriku..
Aku ingin memberi kebaikan kepada orang lain..
Tetapi aku yang kecundang..
Ya ALLAH..
Ampunkanlah dosa-dosaku..
Engkau bukakanlah hati-hati orang yang ku sayang...
Dan orang-orang yang aku kenal mahupun tidak yang mana pernah berjumpa denganku berkawan dan berpisah..

Ya ALLAH..
Ampunkanlah segala kesilapanku..
Ampunkanlah aku..

Diakhir zaman ini..
Apa sahaja boleh berlaku..
Sesungguhnya ya ALLAH..
Aku bermohon padaMU dengan sangat...
Peliharalah kami semua..
Ampunkanlah dosa-dosa kami..
kesilapan kami..
kekurangan kami..
keterlanjuran kami..
Terimalah taubat kami..
Agar tetap tegar dalam redhaMU ya ALLAH...
Sedarkanlah segala umat para sahabat dan mukminin dan mukminat..

Bahawa hidup ini akan berakhir..
Dunia ini..
Alam Fana ini..
Akan berakhir..
Fikirlah apa yang ada untuk kita bawa..

MenghadapNYA..??

ALLAH Ya Rabbi...

inMemory