Wednesday, April 1, 2009

Dunia Sudah Berakhir..

Segala-galanya tidak seperti dulu..
Kini semuanya telah berubah..
Tidak hairanlah jika ini akhir zaman..
Yang salah tetap kekal benar dipandangan mata..
Yang benar disalahkan walau punyai bukti kukuh..
Dosa dan maksiat dibangga-banggakan..
Amar makruf seperti hidup segan mati tak mahu..
Segalanya begitu pedih..
Namun yang paling hina adalah diriku..
Aku ingin memberi kebaikan kepada orang lain..
Tetapi aku yang kecundang..
Ya ALLAH..
Ampunkanlah dosa-dosaku..
Engkau bukakanlah hati-hati orang yang ku sayang...
Dan orang-orang yang aku kenal mahupun tidak yang mana pernah berjumpa denganku berkawan dan berpisah..

Ya ALLAH..
Ampunkanlah segala kesilapanku..
Ampunkanlah aku..

Diakhir zaman ini..
Apa sahaja boleh berlaku..
Sesungguhnya ya ALLAH..
Aku bermohon padaMU dengan sangat...
Peliharalah kami semua..
Ampunkanlah dosa-dosa kami..
kesilapan kami..
kekurangan kami..
keterlanjuran kami..
Terimalah taubat kami..
Agar tetap tegar dalam redhaMU ya ALLAH...
Sedarkanlah segala umat para sahabat dan mukminin dan mukminat..

Bahawa hidup ini akan berakhir..
Dunia ini..
Alam Fana ini..
Akan berakhir..
Fikirlah apa yang ada untuk kita bawa..

MenghadapNYA..??

ALLAH Ya Rabbi...

1 comment:

fzi said...

Salam...

Sebelum dunia berakhir, bersedialah kita dengan bekal masing-masing..
Di hujung dunia ini hanya ada dua persimpangan iaitu ada syurga dan neraka... maka berbekallah kita...

Photobucket

inMemory