Thursday, March 12, 2009

DIA…

DIA yang aku kenal..
Hanya insan biasa..
Compang-camping segalanya..
DIA bukan pilihanku..
Kerana aku sukakan kecantikan dan kesempurnaan sedangkan DIA tidak..
Aku cukup mengenali DIA..
DIA hanya tahu mementingkan diri..
Dan tidak memahami..
Pada aku, DIA hanyalah boneka mainan ejekan dan cercaan manusiawi..
DIA tidak berkedudukan, apatah lagi berharta..
Langsung tidak menepati kehendakku..
Dari rupa langsung bagaikan tiada keikhlasan..
Kerana aku mahukan keikhlasan sejati..
Bagaimanalah kiranya aku mahu menerima DIA..
Sedangkan DIA tidak sempurna..
DIA suka mengadu domba..
Dan terlalu mahukan perhatian..
Aku malu dengan sikapnya bahkan terlalu keanak-anakan..
Katanya..
DIA seorang yang susah..
Pengalamannya pahit memekat..
Dan perlukan teman kononnya..
Sedangkan pada pengamatanku..
Dia menipu dan hanya mahukan simpati..
Benarkah??..Detik Hatiku..
Namun aku tidak peduli kerana aku tidak suka padanya..
KAU lafazkan cinta..
Tetapi layakkah ENGKAU??
Cerminlah diri ENGKAU dulu..
KAU bukanlah seorang yang alim..
Aku mahu seorang yang mampu membimbing..
Baik..
Dan Boleh dipercayai..
ENGKAU fikirlah baik-baik siapakah diri ENGKAU itu..
Kerana aku sudah jemu melihat ENGKAU dan mendengar kata-kata dari ENGKAU..
Kerana aku tahu..
Aku tahu bahawa ENGKAU………….
………
……..
…….
……
…..
….

..
.
Adalah AKU…

6 comments:

AnnaKazuya BLOGs said...

Wah.. Pandai yer ko berkata-kata.. Tabik springlah

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

puisi untuk siapakah ini..huhuh
tp seblm tu nk tgur skit jer..maaf yer..kalo salah cz syni bkn lah org sastera..Biasanya penggunaan DIA huruf besar ni kt akan merujuk kepada Yg Maha Esa..tp kalo untuk manusia better highlight kn perkataan tu..^-*..

ukhuwahfisabilillah said...

maafkn sy..
sy xbermksud pn bgitu..
mmg dituju pd manusia..
bkn pdNYA..

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

oo ok..semoga terus sukses dlm mencipta puisi2 indah..hadiah yang x terhingga..tu yang ALLAH kurniakan pd awak..

ukhuwahfisabilillah said...

syukran amin..
alhamdulillah..
pd enti juga hendaknya..

Anonymous said...

ermm......kalah A.Samad Said..huhu

Photobucket

inMemory