Friday, March 20, 2009

Hawa...


Assalamualaikum..
Entry kali ini penulis ingin memberi sedikit pandangan terhadap kaum hawa kini..
Sesungguhnya kaum hawa diciptakan begitu istimewa..
Cukup lembut untuk meriba anak-anak kecil
Tetapi cukup teguh untuk menggalas bebanan..
Itulah kaum hawa dimana keistimewaan mereka juga jauh lebih baik dari kaum adam bahkan diberi keistimewaan disisi ALLAHswt..
Namun sejauh manakah kaum hawa kini menghargai pemberian ALLAHswt terhadap mereka..
Sekadar perkongsian peribadi..
Penulis begitu terguris hati melihat kaum hawa kini..
Sedih, kecewa dan bermacam-macam perasaan bercampur-baur..
Terkenang dan terfikir akan apalah yang mampu penulis lakukan untuk membantu kaum hawa..
Bukan berniat untuk menjaga tepi kain orang lain..
Tapi hanya sekadar mahu yang terbaik buat semua..

Kaum hawa kini kelihatan semakin ramai tidak menghargai pemberian ALLAHswt..
Pada pandangan penulis mungkin mereka tidak tahu..
Tidak mengapalah..
Selagi mereka mengaku Islam, mereka masih beriman..
Namun sejauh manakah iman itu akan terus kekal melindungi maruah mereka??

Subhanallah..
Penulis kerisauan..
Segelintir hampir kepada sepenuhnya, kaum hawa kini kian hanyut dengan arus keduniaan..
Mereka hanyut dengan arus PERCINTAAN terutamanya dan dunia FESYEN..
Benarlah bahawa mereka yang bercinta mudah untuk terjerumus ke jurang kemaksiatan dan kemungkaran..
Walaupun mempunyai latar belakang ajaran agama yang sempurna tetapi masih lagi boleh terjebak dengan nafsu dunia..
Dan kerana CINTA jugalah mereka sesat dalam sedar dan berasa malu tetapi menyembunyikan kebenaran..

Dunia fesyen juga banyak menghanyutkan kaum hawa..
Mereka yang cukup manis, cantik dan menarik dipandangan mata terpedaya dengan arus modenisasi rekaan pakaian zaman kini..
Kebanyakkan daripada mereka begitu berbangga-bangga memperlihatkan perhiasan diri mereka yang sepatutnya disimpan dan dan sembunyikan..
Mereka begitu sombong dan gembira kerana menjadi tatapan ramai tanpa memikirkan bahawa setiap langkah mereka itu membina mahligai kedurjanaan di akhirat kelak..
Puji-pujian manusia membuatkan mereka bertambah-tambah dan menjadi-jadi untuk kelihatan labih menarik dan mengghairahkan agar lebih banyak taburan dan curahan pujian keatas mereka..
Subhanallah..
Sedarlah kaum hawa yang dicintai ALLAH..

Disamping itu..
Jagalah hatimu juga wahai segelintir kaum hawa yang indah..
Hindarilah dari perasaan hasad dengki dan benci..
Hindarilah juga fitnah juga umpatan..
Jangan jadikan umpatan sebagai mainan.
Peliharalah segala sesuatu yang menjadi milikmu..
Kerana ianya semua tersangatlah berharga..

Ayuhlah wahai kaum hawa..
Kamu diciptakan begitu istimewa..
Begitu manis dan terjaga dan dilindungi malah lebih disayangi olehNYA..
Sesungguhnya kaum adam mencemburui kelebihanmu itu..
Namun jagalah kelebihan itu..
Masih belum terlambat lagi..
Ingatlah..
Ingatlah wahai kaum hawa bahawa golongan kamu lebih ramai di neraka..
Namun ingatlah juga bahawa kaum kamu juga mudah untuk masuk kesyurga..
Dalamilah Islam sebenar-benarnya..
Dan kamu akan tahu betapa ALLAHswt mencintai kamu…
Peliharalah dirimu..
Peliharalah maruahmu..
Peliharalah agamamu..
Maka kamu akan bertemu kebahagiaan abadi..
cinta SEJATI...

"Telah timbul berbagai2 kerosakan dan bala bencana di darat dan laut dengan sebab apa yang telah dilakukan tangan manusia(timbulnya yang demikian) kerana ALLAH hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan2 buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali(insaf dan bertaubat).Katakanlah: "Mengembaralah kamu dimuka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang2 yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang2 musyrik."
Surah Ar-Ruum Ayat 41&42.



~Sekadar sedikit perkongsian...

4 comments:

NurSyahadah said...

salam ukhuwahfillah...
Sedar kami wanita..
Terima kasih kerana sudi berkongsi entri kali ni memang menarik..
teruskan menulis..
mudah-mudahan usaha salam untuk berkongsi boleh memberi kesedaran kepada semua kaum hawa...
Syukran jazilan....

ukhuwahfisabilillah said...

sekadar yg trmampu..
yg baik dtg dr DIA..
afwan..

hamdya said...

salam ukhuwahfillah
entri anda sangat menarik..
memberi kesedaran tentang indahnya perempuan di mata islam dan disisi Allah s.w.t
sangat berminat dengan entri anda..
teruskan menulis...chayouk2...

puteri_solehah said...

Subhanallah...
indahnye wanita=)
post yg bagus utk sume kaum hawa...

Photobucket

inMemory