Sunday, October 5, 2008

Aku Mengharap PadaMU..


"Wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik – Surah An-nuur(24) – Ayat26"

Begitulah adilnya ALLAH s.w.t bagi setiap hamba2NYA..
Bagi diriku sendiri aku merasakan tidak layak untuk mendapatkan hati dia yg boleh menghiasai kamar hati yg kekosongan..
Bahkn Adam turut sunyi tanpa Hawa
Apatah lagi aku manusia biasa..

Setiap kali mesej masuk, aku mengharap ia datang darinya..
Namun setiap kali aku melihat namanya..Aku kecewa lagi..Bukan dari dia..
Rindu semakin mendalam..
Apakah maknanya ini??

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.-Surah Al-Baqarah ayat 216"

Ya ALLAH berilah aku petunjuk...
Aku menvintai dirinya..
Namun adakah betul apa yang aku lakukan??
Betulkah pilihanku??
Aku tidak tahu sama ada perlu putus asa atau tidak kerana Engkau sendiri tidak suka akan hambanya yang berputus asa..

Ya ALLAH..
Aku mohon padaMU
Berilah apa yang terbaik buatku..

No comments:

Photobucket

inMemory