Wednesday, October 1, 2008

Salam Fisabilillah..

Assalamualaikum...

Waktu sekarang menunjukkan pukul 4.30 pagi..Harini bermula lau Syawal menerpa dan Ramadhan berlabuh..Pemergiannya belum tahu lagi dapat dinikmati..
Sedikit kesal dengan diriku kerana aku tidak merasakan sedih atas pemergiannya dan aku tidak pula rasa gembira akan datangnya Syawal dimana semua umat Islam merayakan hari raya Aidilfitri..
Jiwaku terasa kosong dan tiada penghayatan..Sepanjang malam tadi aku beristighfar memohon keampunanNYA tetapi masih tak dapat merasakan syahdu ramadhan dan gembira berhari raya..
Apakah maknanya ini??
Subhanallah..
Ya ALLAH terimalah puasaku..
Ampunkanlah dosa-dosaku..

Aku teringat lagi waktu aku pergi ke pasaraya "Thong" di tengah2 kesibukan kota kinabalu..
Aku masuk kedalamnya semata-mata nak cari jaket seperti rahman..
tapi tak jumpa..
Sempat aku mengambil gambar..


Keadaan waktu tu sesak terlalu ramai orang berpusu-pusu membeli belah..
Jam aku menunjukan pukul 4.30 petang..Hampir lima..
Rupa2nya aku belum solat..
Aku call Abdillah..
Lalu berniat nak cari surau
Aku bertanyalah pada pengawal perempuan disitu namun katanya tiada surau dipasaraya tersebut..
Masya'ALLAH..sampai macamtu sekali..
Aku pening kepala sebenarnya melihat terlalu ramai orang sebab aku tak suka berada ditempat yang sesak..
Aku pening kepala..
Lagipun ALLAH s.w.t ada mengatakan bahawa antara tempat yang menjadi kemungkaran ALLAH adalah pasar kerana disitu akan berlakunya penipuan, riba, dan pencampuran antara lelaki dan perempuan..
Yang paling teruk dimana aku sendiri melakukannya adalah mengabaikan solat..
Astaghfirullah'hal azim..Ampunkanlah dosa2ku Ya ALLAH..
Aku lewat menunaikan kewajipan..
Maka tak salahlah kenapa aku berani katakan dunia memang "kejap" lagi kiamat
Sebab ALLAH murka dengan tempat bernama pasar apatah lagi tempat yang bernama pasar"raya"..
Lagilah banyak kemurkaan yang berlaku..

Sekembalinya aku diLabuan...
Turun je feri waktu tu aku rasa pening2..
Alhamdulillah aku tak muntah kalau tak batal puasa aku..Jam menunjukkan hampir pukul5..
Lalu aku ke perhentian bas dan dipendekkan cerita sampailah aku ke kampus pada pukul5.30..
Hairankan??
Orang cuti raya semua keluar kampus bawa beg besar aku raya masuk kampus labuan bawa beg sebab tulah ada orang pandang..(Hairan sangat kew?)


Malam sebelum masuknya maghrib aku cuba menghayati saat-saat terakhir sebelum Ramadhan melabuhkan tirai..Masih lagi hati tidak merasakan apa2..
Kenapa Ya ALLAH??
Aku azan..
masih tidak memberi kesan..
Kemudian takbir selepas maghrib
Terasa kekurangan
Selepas Isyak aku bertakbir ramai2 bersama para sahabat
Masih tidak dapat menghayati..
Siap ada yang buat aku gelak time takbir adalah...
Subhannallah..
Kenapa Ya ALLAH??


Malam terus berlabuh..kami buat sate..
Sahabat2 semua turut sama kecuali ada yang duduk dibilik..
Malam terus berlalu tetapi masih seperti biasa..
Terkadang aku berzikir dan terus berzikir mohon keampunan..
Masih seperti tertutup hati ini rasanya..

Sempat abang syukri berpesan agar bantu agama ALLAH apabila aku dah masuk ke JAKMAS ini..
Aku terdiam dan mengiyakan dalam hati aku..
itulah harapannya katanya..
Aku merasakan begitu tidak layaknya aku..
Adakah bernilai aku Ya ALLAH dipandanganMU Ya ALLAH??

Aku terus buat ape yang perlu..
Aku menyapu..
Terasa kosong..
Aku berzikir..
Adi menegur bahawa aku sesuai buat kerja menyapu..
Dalam benak aku, aku rasa betul cakap dia
aku cakap kat dia
"Aku rasa tenang buat kerja ni"

Setelah itu aku pulang selepas membantu sedikit saudaraku Harieyadi..
Aku lupa nk bagitahu dia aku pulang dulu..
Maafkan aku..

Sampai dibilik
aku mengisi masa aku dengan mengemas bilik..
Aku benci bilik berselerak dan berhabuk..
Sempat aku periksa Friendster..
Lalu aku menulislah blog artikel ini..

Ya ALLAH..
berilah aku secebis kasih dan sayangMU..
Berilah aku secangkir cahaya NUR takwa keimanan kepadaku..
Agar bertambah ketakwaan aku..
Ampunkanlah dosa2ku dari mula aku lahir..
Matikanlah kau sebagai penegak kesucian AgamaMU..
Ya ALLAH..
Kurniakanlah aku permaisuri hati..
Bersama menongkah arus duniawi..
semoga dalam agamaMU kekal abadi..

Waktu aku menghabiskan artikel ini azan subuh pun selesai..
Wallhu'alam..

No comments:

Photobucket

inMemory