Sunday, July 19, 2009

Masalah ummat??



Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Segala puji bagi ALLAHswt tuhan pecipta alam dan agung
Selawat dan salam buat baginda Rasulullah s.a.w pemegang amanah Al-Quran dan Sunnah
Para Sahabat Baginda
Tabi' Tabi'in
Pejuang-pejuang jihad dan salafussoleh yang dirahmati ALLAHswt...

Seperti tajuk yang ringkas, ingin saya mengulas secara ringkas tentang tajuk pada kali ini..

Pernah saya menyuarakan bahawa kata-kata tidak selalunya merubah apa-apa keadaan tetapi tindakan itu sendiri yang menjadi penentu..
Dalam tingkah dan perilaku wajib diserta perasaan tidak putus asa dan kesabaran yang tinggi..
Masalah hati bagi yang faham bukanlah satu penghalang
Tetapi mereka yang selalu menghadapi masalah hati adalah mereka yang tidak faham.

Usah sebut tetang berjuang kalau diri tidak sanggup rasa susah walau di uzlah kan..
Gerak kerja memang wajib berjemaah, tetapi kadang kala perlu ijtima'i
tapi bukan satu lesen sebagai kita untuk bertindak sendiri
Cuma belajarlah untuk jadi kuat.

Mengubah dan membentuk manusia bukan mudah..
Sedangkan baginda Rasulullah s.a.w hanya dapat menarik seorang sahaja ketika menyebarkan Syiar Islam di Ta'if..
Diri yang menjadi acuan buat yang lain..
Kiranya nak orang jadi pandai, kita yang dahulu harus begitu
kiranya nak orang jadi baik, kita yang harus dahulukan
(p/s - Saya bukan contoh yang baik)

Dalam setiap perbuatan
didahului dengan niat pada awal hari ikhlas kerana ALLAHswt
Sebab manusia sedikit sebanyak akan dihembus "Riak" ditanam "Ujub" dalam hati dan disemai "Takabbur" pada jiwa oleh iblis dan syaitan..
Maka oleh kiranya ia didahului dengan doa dan niat, insyaallah segala perbuatan dan kata-kata akan mendatangkan kesan dengan izin dari ALLAHswt..

Benar solat malam dan perbanyakkan bacaan-bacaan suci Al-Quran mampu meningkatkan Qudwah..
Tapi adakah dengan melakukan segala amalan tersebut agar kita ini menjadi ikutan dan menjadi orang yang disegani, betul niatnya ataupun tidak?
Fikir-fikirkanlah...

Kita selalu sebut "Inna solati wanusuki wama yahya,wamamati, lillahi taa'ala"Tapi betul atau tidak niat kita sehari-hari?
renung-renungkanlah...

Solat subuh benar dan solat-solat sunat mampu menjadikan kita bersemangat dan dikurniakan cahaya keimanan..
Namun bagaimana mereka yang tidak lekang solat tapi rupanya tetap sakit hati dan rasa benci untuk melihat, apatah lagi sakit hati bila mendengar kata-katanya sedangkan kita sendiri tidak tahu kenapa kita merasakan sangat perasaan itu?
Dimana salahnya??
Dimana silapnya??

Yang baik datang dari ALLAHswt yang memberikan ilmu yang tidak terhingga dan tidak habis untuk dipelajari dan diamalkan..
Kita yang lemah harus sentiasa memperbaiki diri dan bermmuhasabah..
Pesanan ini saya tujukan yang utama buat saya yang terlalu banyak melakukan dosa..
Mungkin segala yang saya sebut mendatangkan sakit hati dan benci apatah amarah pada diri insan yang lain namun saya sedar akan kelemahan dan kesilapan yang saya lakukan..
Ampun dan maaf saya pinta, andai kekhilafan dalam penyampai jelas terpapar, tegurlah kerana ilmu milik ALLAH..
Bukan kerana rasa tercabar dengan kata-kata saya..

La'ilaha'illallah muhammadurrasullullah....

Tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAHswt dan Nabi Muhammad itu Pesuruh ALLAH..

Moga mendatangkan manfaat dari penyampaian saya yang serba daif ini...
wallahu'alambisawab...

Sunday, July 12, 2009

Buat Semua Yang Memahami....

Assalamualaikum..
salam sejahtera
salam juang buat para sahabat..
Sekembalinya saya disini diruangan serba daif ini bukan kerana ingin berceloteh panjang..
Sekadar cuma secangkir luahan rasa dan pendapat..

Saya bukanlah dari kalangan bijak pandai
Bukanlah jua seorang yg sempurna dalam perilaku
Kerana ini juala tidak layak untuk menegur bahkan memperbetulkn kesalahan orang lain..

Kesilapan satu lumrah..
Lihatlah dari sudut untuk memperbaikinya dan saling melengkapi..
Itulah yang lebih afdal..
bukan saling menjatuhkan dan membalas rasa ketidakpuasan..

Manusia dicipta pelbagai..
Setiap satu ada kelebihan..
dan kelebihan itulah yang digunakan sepenuhnya..
Lihatlah pada kebaikkan
Bina keutuhan hati bersatu dalam memperbaiki kelemahan..

Perjalanan tidak panjang
Tetapi perjuangan tidak pernah akan habis..
Kemerunduman yang ditatapi sebenarnya
Hanya kata-kata lemah yang sering berdesing..
hakikatnya semakin hilang arah..
kerana masing-masing bukan melengkapi
tetapi saling mengkhianati..

Sudahlah..
Tegarkan tekad
Satukan tujuan..
Arahkan haluan...
Kata-kata kadang-kadang tidak menyelesaikan apa-apa masalah..


~ukhuwahfisabilillah87



(luahan hati ~ aku insan berdosa..sama sahaja dengan yang lain.Bukan semakin baik tapi semakin hilang arah..andai aku jatuh terbenam..moga ada yg kembali menarik keatas semula...wallahu'alambisawab)

Wednesday, July 8, 2009

Pandang Positif Dalam Negatif



kadang2 anda akan berjumpa dengan orang yang tak sukakan Anda. Anda tak tahu sebab apa dia tak suka Anda, jadi jangan sesekali mempersoalkan mengapa dia begitu atau seringkali berfikir mengenainya.

Tetapi, pandang kepada nilai-nilai positif yang ada dalam dirinya. saya dah ulang perkara ni banyak kali sejak dari tahun 2007 lagi.

Walau sejahat cemanapun orang tu, pedih cemana pun dia sakitkan hati Anda, fokus kepada sifat-sifat baiknya. Sebab, fokus kepada keburukan yang dia lakukan pada Anda, hanya akan membuat Anda tidak bersemangat, lemah longlai, down jadinya serta merta.

Semua orang ada sikap baik, juga sikap tak baik.
Pandang yang positif, dalam yang negatif. Fokuskan pada yang positif saja, walau pada zahirnya dia seorang yang lebih banyak berfikiran negatif, kuat mencaci dan mempamerkan muka yang tak menyenangkan.

Orang yang berfikiran negatif biasanya suka memandang buruk pada kemajuan orang lain. Anda maju sikit, dia jeles, berdendam, bahkan benci dengan Anda. Dalam hatinya penuh kata-kata negatif, caci maki dan bintik-bintik hitam yang sukar dibuang.

Bila jumpa orang camni, pedulikan dia. Biarkan dia sendiri, terkurung dengan pemikirannya dan dunianya. Selagi dia tak kacau Anda atau mencederakan Anda, biarkan saja dia.

Tetapi, teruskan dengan usaha Anda mahu mencapai matlamat kejayaan.
Lupakan saja dia, walaupun dia muncul setiap hari di depan mata Anda. Relaks, be in control, but donno saja..

Tak semua orang bukan melakukan apa yang saya sarankan ni. Sebab, tak semua boleh melupakan apa yang menyakitkan hati mereka, atau memaafkan kesalahan orang yang membuat mereka sakit hati tu.

Anda perlu kuat semangat, Anda perlu berani menjadi pemaaf.
Orang-orang berjaya, mengambil keputusan untuk melihat pada aspek-aspek positif saja, hanya yang positif lalu mengelak dari melihat yang negatif (walaupun sedikit).

Elak sejauh yang mungkin, lupakan selupa yang mungkin.
Sekali lagi, ia memerlukan semangat yang kuat. Kuatkan jiwa, kuatkan minda.

Tuesday, June 9, 2009

CINTA

Cinta..
Sungguh indah disebut dan keindahan itu ada penjelasan yang pelbagai dari individu yang berbeza. Ada yang baik dan ada yang tidak. Ramai diantara kita tentunya mengharapkan yang terbaik namun segala yang terjadi tidak selalunya seperti apa yang dimahukan. Bukan ingin memberikan perspektif yang negatif atau buruk sangka tapi itulah yang selalunya terjadi dan mereka yang sering menjadi mangsa adalah wanita.

“Wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik” – Surah An-nuur(24) – Ayat 26


Menyebut tentang ayat diatas ada diantara kita yang merasakan diri tidak layak untuk seseorang yang baik kerana alasannya “saya tidak baik”. Benar. Benar jika kita merasakan diri tidak layak maka kita memang tidak layak, tetapi kiranya kita merasakan diri kita layak untuk mendapatkan yang baik maka kita sememangnya layak. Tetapi usaha yang penting haruslah baik dan terbaik. Ada pula yang mengatakan “Aku berhak dapatkan yang lebih baik” atau”Aku nak yang lebih baik”. Ini pula kata-kata mereka yang terlalu yakin dan riak malah kurang bersyukur. Sekadar selingan. Maaf kiranya ada yang terasa.

Pesanan buat mereka bergelar lelaki. Setiap wanita itu cantik, indah dan mempunyai keistimewaan mereka masing-masing. Namun, andai kita mencari aspek itu dalam erti kata cinta yang ingin kita miliki maka kita akan berjumpa dengan jalan yang tiada penghujungnya dan akhirnya kita hanya sesat dalam permainan perasaan dan nafsu sendiri.

Pesanan buat wanita. Cinta buatmu bagaikan sesuatu yang wajib dan begitu penting. Namun peliharalah dan fikirkanlah berkali-kali sebelum bercinta dan fahamilah dahulu apa itu cinta. Adakah cinta itu maksudnya, hilang segala-segalanya?Renung-renungkanlah.

ALLAH s.w.t itu Maha Agung percaturanNYA dan segala yang telah tertulis di Luh Mahfuz hanya DIA yang mengetahui. Kita sebagai hambaNYA wajib untuk terus berusaha dan tidak berPUTUS ASA seiring dengan sulaman SABAR yang tidak mengenal erti jemu dan diadun sama DOA yang tidak henti-henti. Kadang-kadang ada antara perkara dalam hidup kita yang kita mahu, kita tidak memperolehinya kerana DIA lebih tahu apa yang kita perlukan kerana DIA jugalah yang Maha Mengetahui aturan terbaik perjalanan hidup kita.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.-Surah Al-Baqarah ayat 216"

Kita semua mengharapkan yang terbaik namun sedarkah kadang-kadang dalam mencari yang terbaik itu membuahkan cacat cela. Bila dilihat puncanya, hanya kerana kita tidak bersyukur pada DIA. Sering lupa dan tamak dan ingin terus meratah nikmatNYA tanpa “membayar” harga sebagai hambaNYA.

Manusia itu sempurna, namun dalam kesempurnaan yang ALLAHs.w.t ciptakan, sengaja DIA meletakkan kekurangan agar dengan kekurangan itulah DIA ingin mengajar kita untuk sentiasa ingat pada DIA dan berusaha untuk menjadi sempurna walaupun sempurna itu hanya DIA. DIA terlalu sayangkan kita kerana kita ummat Baginda tapi fikirkan semula adakah kita sayangkan DIA dan segala jasa Baginda?Apakah bukti CINTA kita pada DIA dan Baginda?

Cinta harus disulam keikhlasan. Namun cinta bagaimanakah yang kita cari-cari? Fitrah sesama manusia ingin mencintai dan dicintai. Penceritaannya pelbagai. Ada diantaranya mula baik dan berakhir buruk. Bermula buruk dan berakhir baik. Baik mula dan tamatnya, begitu juga sebaliknya. Ada sesetengah mengatakan tidak salah untuk bercinta dan ada yang mengatakan HARAM bercinta atau “couple”. Ramai anak muda yang tidak faham kenapa terjadi begitu, namun bila mengetahui akan kenapa terjadinya haram, lebih ramai yang buat-buat tidak faham. Adakah disebabkan mereka yang memberi kefahaman itu tidak mampu untuk menyampaikan?Atau tidak ikhlas dalam menyampaikan atau hanya sekadar bermuka-muka kerana ingin menunaikan kewajipan “Amar Makruf” tetapi kurang “Nahi mungkar”. Berbalik semula kepada persoalan asal. Puncanya pada individu, untuk apa bercinta? dan benarkah cinta yang dicari..

Ada firman ALLAH s.w.t mafhumnya “Maka setiap yang berlaku itu berpunca dari kesalahan diri kita sendiri”. (Saya tidak ingat ayat mana – mohon diperbetulkan kiranya salah)

Sekadar perkongsian peribadi bukan prejudis, cinta remaja kini 99% kerana nafsu dan ingatlah bahawa apabila nafsu menguasai akal maka kita hanya menjadi hamba syaitan. Hasilnya, kerajaan berakyatkan benih-benih haram. Namun siapakah yang harus dipersalahkan?Remaja?Cinta?Ibu Bapa?Kerajaan? Jawapannya, adalah diri sendiri.
Cinta itu indah, lebih indah jika dihiasi dengan keimanan. Ketakwaan membawa berkat dan peliharalah cinta kerana ALLAH. Jika ingin mencari keredhaanNYA, maka lihatlah dengan mata iman. Apa yang wajib, harus dan haram. Disitulah kita berjumpa dengan cinta tiada tandingan.

Hakikatnya, kita diakhir zaman. Zaman kehancuran akhlak dan peribadi. Islam menjadi musuh kepada semua.

“Dan tidaklah redha orang-orang yahudi dan nasrani kepadamu(Muhammad)sehinggalah engkau mengikuti agama mereka..." surah Al-Baqarah ayat 120.

Ingatlah pesan Rasulullah s.a.w, “Islam itu mulanya yatim,dan akhirnya yatim…” (Betulkan kiranya saya salah). Hayatilah ayat ini sedalam-dalamnya.

Yang baik semuanya datang dari DIA, dan segala kesilapan dan kesalahan bahkan dalam penyampaian saya yang tidak tersusun kiranya salah fakta, mohon teguran dan pembetulan. Saya lemah dan selemah-lemah hambaNYA yang sentiasa membuat dosa. Moga sekadar perkongsian yang tidak seberapa ini membuahkan sedikit peringatan dan kesedaran.Ingatlah, selagi kita mengaku kita Islam…Masih ada iman dalam diri dan itulah yang paling berharga dan hargailah selagi masih ada kesempatan yang ALLAHs.w.t beri pada kita. Moga ALLAHs.w.t sentiasa mempelihara kita dalam lindungan RahmatNYA dan digolongkan dikalangan ahli syurgaNYA, amin…
Wallahu’alambisawab…

Maksud firman Allah: Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami(ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata(tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.(Al A'raaf:179)



Cintailah Illahi
Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com

Rasa cinta
Adalah satu anugerah tuhan pada hambaNya
Dan kerananya manusia sanggup apa saja
Asalkan dia memiliki apa yang dicita

Kerna cinta
Sanggup berkorban apa saja, harta dan nyawa
Setiap detik hanya memikirkan tentang si dia yang tercinta
Ingin bersama sepanjang masa

Tetapi pastikah cintamu dihargai
Mungkinkah si dia kan tetap setia
Setelah kau serah jiwa dan ragamu
Mungkinkah kau pastikan tidakkan dihancurkan

Jika engkau mencintai bunga
Sedarlah engkau bunga itu akan layu
Jika engkau cintakan manusia
Sedarlah suatu hari dia akan pergi

Jika engkau mencintai harta
Harta itu nanti kau akan tinggalkan
Jika engkau cintakan Ilahi
Hanya Dia yang akan kekal abadi
Cintailah Ilahi…

Tuesday, May 26, 2009

Aku Ingin Pulang..





Kemanapun aku pergi
"Bayang-bayangMU" mengejar
Bersembunyi dimanapun
Selalu Engkau temukan
Aku merasa letih
Dan ingin sendiri
Ku Tanya pada siapa
Tidak ada yang menjawab
Sebab semua peristiwa
Hanya dirongga dada
Pegulatan yang panjang
Dalam kesuyian
Aku mencari jawaban dilaut
Ku seret langkah
Menyusuri pantai
Aku merasa
Mendengar suara
Menutupi jalan
Menghentikan petualangan..
Kemanapun aku pergi
Selalu ku bawa-bawa
Perasaan yang bersalah
Datang menghantuiku
Masih mungkinkah
PintuMU ku buka
Dengan kunci yang pernahku patahkan
Lihatlah..
Aku terkapar dan luka
Dengarkanlah..
Jeritan dari dalam jiwa
Aku ingin pulang..
Aku harus pulang…

Friday, May 8, 2009

Titipan Ringkas Buat Wanita - 2...

"Setiap Wanita Dambakan perhatian dan kasih sayang, namun peliharalah hatimu sesuci air disyurgawi agar tidak termakan tohmahan dan puji-pujian yang berantaikan hembusan syaitan agar tidak bisa hatimu luntur keimanannya..Keindahanmu satu kurnia dan ia sememang sudah indah apatah lagi ia bertatahkan keimanan dan ketakwaan maka sentiasalah beringat ia juga satu dugaan buatmu wahai wanita..."

wallahualambisawab..


Ku nukilkan buatmu sebuah syair untuk engkau hayati...

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan...




~salam ukhuwahfisabilillah87~

Tuesday, May 5, 2009

Titipan Ringkas Buat Wanita...

Assalamualaikum...
sekadar kata-kata yang tak seberapa dari saya..
Buat semua yang bergelar wanita..



Dirimu Seindah Hiasan Dunia..
Seindah Hiasan Ukiran Ilahi..
Dirimu Ciptaan Makhluk Mempersona..
Yang Menjadi Buruan Setiap Lelaki..

Dirimu Wahai Wanita Indah Memukau..
Tarikan Indah Igau Anganan..
Terjebak Maksiat Usahlah Dikau..
Peliharalah Mereka Ya Ar-Rahman..

Peliharalah Dirimu Wahai Wanita..
Nilai Dirimu Sungguh Tinggi..
Jauhilah Dirimu Dosa dan Zina..
Agar Dirimu Milik Syurga nan Hakiki...

Doaku Tulus Buatmu Wanita..
Kira ku Kenal Mahupun Tidak..
Mohonku Agar Kamu Terpelihara..
Kekal Dalam Iman Terus Berpijak...


Wahai wanita..
Dirimu seindah hiasan duniawi..
seindah hiasan adalah wanita solehah..
peliharalah maruahmu, auratmu, hubunganmu, imanmu, keindahanmu dan segala pemberian yang tiada tolok bandingnya buatmu..
Bersyukurlah dan beringatlah selagi mana masih ada yang sudi mengingatkanmu..

"Terlajak Perahu Boleh Diundur..Terlajak Laku Buruk Padahnya.."

Moga ALLAH tetap kekal pelihara dirimu dalam rahmat dan redhaNYA
amin3 ya ALLAH ya Robbal'alamin...

Wallahualambisawab…



"Telah timbul berbagai2 kerosakan dan bala bencana di darat dan laut dengan sebab apa yang telah dilakukan tangan manusia(timbulnya yang demikian) kerana ALLAH hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan2 buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali(insaf dan bertaubat).Katakanlah: "Mengembaralah kamu dimuka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang2 yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang2 musyrik."
Surah Ar-Ruum Ayat 41&42.


~salam ukhuwahfisabilillah87~

Sunday, May 3, 2009

Banyaknya Ujian...

Assalamualaikum..
salam perkabaran buat semua..
semoga ALLAH merahmati dan memberkati kamu
lebih2 lagi pada minggu peperiksaan kini..
Moga kamu semua mendapat keputusan yang cemerlang hendaknya
amin3...

Posting kali ini hasil dari sedikit perkongsiaan yang saya lakukan bersama sahabat..
semoga memberi manfaat kepada anda semua dunia dan akhirat
insyaallah...



Banyaknya Dugaan: Kita Bertanya-Al- Quran Menjawab

Hidup ini penuh dgn ujian. Memang perit dan pedih utk menghadapinya. Tapi kita kena faham konsep “ujian” di dalam perspektif Islam. Kerana sekiranya kita tidak faham dengan jelas, kita akan cepat putus asa, kecewa dan lebih membahayakan apabila kita buruk sangka terhadap Allah SWT. Jadi, bagaimana ingin memujuk hati yg sedang berduka lara itu???

Pujuklah dengan berzikir dan mengingati Allah….dan bacalah Al Quran…
sesungguhnya, byklah sudah isi2 yg tersingkap di dalamnya……segala jawapan ada di dalamnya…


KENAPA AKU DIUJI?


Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

Boleh jadi mau membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.- Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. -Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST?

Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal
kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.- Surah
Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). - Surah Al-Imran ayat 200

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk- Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka dengan
memberikan syurga utk mereka…..-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku
bertawakkal. -Surah At-Taubah ayat 129


AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

Dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.- Surah Yusuf ayat 12

SALAM THABAT FI SABILILLAH....

Wallahualambisawab...
Photobucket

inMemory