Friday, August 12, 2011

The Show Goes On

Kadang kita selalu terfikir terlalu banyak kekurangan dalam diri kita hinggakan kita slalu trasa hidup dlm tekanan..
Aku kadang terfikir bagaimana dan macamana nak slesaikan masalah...
Kerja siang malam tak tentu masa sampai dah macam mayat idop dah..
Smua orang ada cara masing2 utk mencari ketenangan..
Yang pnting jgnlah yg "bertentangan"
Bagi aku, aku suka dengar nasihat2 dr ayah aku..
dan kdua, aku suka layan lagu2 yg mbuatkn aku terus utk hidup..

p/s - baru lpas berbuka lauk daging masak kicap + gulai rebung + kueh tako a.k.a tepung pelita + air tembikai..i'm full..


Nk share lagu ngn korang sket yg ak bru dgr..very inspiring~

http://www.youtube.com/watch?v=Rmp6zIr5y4U&ob=av2e

blog blog blog

Sekian lama aku tak post entry baru..banyak juga usha2 n baca blog orang..terasa nk menulis dan berkongsi jgak tp aku tak pandai sgt blogging neh..tambah plak bab2 deco blog ni ak mmg hancuq bsepai. ada sesapa yg pandai blogging kongsi2la ilmu eh? huhu~

anyway, aku nk berblogging smula tp rasa malu sb xhebat spt blogger2 yg len..

Monday, October 25, 2010

ORANG MEMINUM KHAMAR DAN MENAMAKANNYA BUKAN KHAMAR

Ertinya:
Daripada Abu Malik Al-Asy'ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum thamar dan mereka menamanya dengan nama yang lain (mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah swt. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah swt. akan merobah mereka menjadi kera atau babi".

H.R. Ibnu Majah

Keterangan
Maksudnya, akan ada di kalangan orang Islam ini yang meminum khamar dan mereka mengatakan bahawa yang diminum itu bukanlah khamar. Ia hanyalah sejenis minuman yang dapat menyegarkan badan atau yang dapat menghilangkan dahaga. Mereka akan memberikan suatu nama kepada minuman ini yang menunjukkan bahawa ia bukan khamar, tetapi sebenamya ia adalah khamar yang telah diharamkan oleh syara'.

Kemudian, menjadi kelaziman pula, suasana mabuk itu akan disertai dengan alunan muzik dan juga nyanyian artis-artis kenamaan.

Rasulullah saw. menerangkan bahawa golongan ini akan ditimpa gempa bumi atau tubuh badan mereka diubah kepada bentuk kera atau babi.

Sangat benar sabdaan Junjungan Besar Nabi saw. ini. Gempa bumi demi gempa bumi yang berlaku di beberapa tempat di dunia ini sebagai satu seksaan daripada Allah swt. dan jikalau golongan ini belum sampai keperingkat diubah bentuk badan mereka menjadi kera dan babi tetapi perangai dan cara hidup mereka sudah banyak menyerupai perangai dan cara hidup kera dan babi.

Monday, July 19, 2010

HARTA RIBA' WUJUD DI MERATA TEMPAT

Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya".

H.R. Ibnu Majah


Keterangan

Hadis sabdaan Rasulullah s.a.w ini sangat jelas di hadapan mata kita pada hari ini. Pelbagai urus niaga juga perniagaan yang terlalu banyak melibatkan Riba'. Jelas, banyak diantaranya bagaikan duri dalam daging dan kian sukar untuk dielak bagi masyarakat kini. Harus bagaimanakah kita menghindarinya? Semuanya memerlukan disiplin dalam melaksanakan hukum Islam semula dan memartabatkannya sepertimana yang telah dilangsungkan sejak zaman Baginda Rasulullah..Moga kita menemui jalan baik dalam menuju redhaNYA, amin...

Monday, July 12, 2010

ZAMAN DIMANA ORANG TAK PEDULIKAN DARI MANA MENDAPATKAN HARTA




Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw, "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram".

H.R. Muslim


Keterangan
Di zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman materialisme, segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin harta kekayaan. Mereka tidak memperdulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu atau pun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka.

Monday, July 5, 2010

DUA GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA




Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".

H.R. Muslim

Keterangan
Kebenaran sabdaan Rasulullah saw. ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti gob unta.

Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.

Friday, July 2, 2010

Wanita dan Aurat


1. Bulu kening
- Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
- "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
- "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31

5. Gigi
- "Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan Tangan
- "Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

7. Tangan
- "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

8. Mata
- "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.


9. Mulut (suara)

- "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

10. Kemaluan
- "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31.
"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

11. Pakaian
- "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.

12. Rambut
- "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Monday, June 28, 2010

Harta yang bertimbun boleh menyebabkan lima perkara


Dari Sufian as-sauri:
"Tiada terkumpul harta disisi seseorang pada zaman ini melainkan timbul didalam dirinya lima perkara ini" :-




1) Panjang angan-angannya

2) Sentiasa tamak ( tidak pernah cukup dengan yang sedikit )

3) Sangat kedekut ( bakhil )

4) Berkurang waraknya ( tidak pernah merasakan dirinya adalah seorang hamba kepada Allah s.w.t & makin cintakan dunia )

5) Lupa kepada akhirat ( makin jauh dari rahmat Allah & membenci akan nasihat/peringatan )

Renungkanlah,moga dengan sedikit peringatan ini dapat meningkatkan lagi taqwa kita pada allah s.w.t

Wallahu’alam..

Friday, June 25, 2010

Perasaan..(sekadar bercerita)

Assalamualaikum..

Tidak tahu kenapa tergerak hati untuk menulis. Mungkin kerana ingin meluahkan tetapi tidak tahu kepada siapa. Mungkin agak janggal apabila sebelum ini blog saya lebih bercerita dan berkongsi sama ada nasihat, motivasi ataupun ayat-ayat Al-Qur'an. Cuma mungkin pada kali ini hati tergerak untuk lebih umumkan blog saya ini.

Tidak terniat dihati untuk mengadu domba ataupun menagih simpati, cuma saya merasakan cara ini baik bagi memotivasikan diri juga mengalihkan perasaan yang sedang dialami.

Masalah. Kerunsingan. Murung. Kecewa dan bermacam lagi perasaan, adalah kurniaan ALLAH terhadap kita. Setiap kali perasaan-perasaan itu datang tidak kira satu-satunya sahaja mahupun secara sekaligus bercampur-baur dan ianya tentu akan dipamerkan dengan pelbagai ragam manusia. Sesetengah mungkin mampu mengawal dan ada diantara mungkin tidak dapat membendung emosi yang bergelumang diruangan hati dan perasaan.

Persoalannya, apakah perlu kita terus merasakan begitu dan apakah kesan kepada diri.
Terkadang ramai diantara kita sedar dan akui akan perasaan itu, tetapi kita masih tetap tidak mampu untuk mengatasinya. Mungkin kerana terlalu memikirkannya atau mungkin merasakan sesuatu perasaan yang dialami tersebut begitu penting dalam hidup.

Terkadang juga kita terfikir, adakah apa yang kita rasa tidak penting bagi orang lain. Sebagai contoh, apakah perasaan kita tidak penting bagi orang yang kita sayang?
Adakah dia ambil peduli? Dan adakah dia memiliki perasaan yang sama terhadap kita?
Dan semua perkara ini menimbulkan satu lagi persoalan yang penting.
Adakah berbaloi kita merasakan perasaan begitu terhadap dia sedangkan dia tidak mengendahkannya?
Tidak kiralah perasaan marah, cemburu atau apapun tetapi adakah kita layak untuk terus merasakan perasaan tersebut?

Mungkin pembaca sedikit jelas akan apakah perasaan yang saya alami buat masa sekarang. Mungkin ada yang dapat membaca apa yang cuba saya sampaikan.
Niat saya cuma untuk tahu, apakah perasaan ini benar-benar dikatakan CINTA?
atau CEMBURU semata-mata.

Semua dari kita ada pelbagai cara dan kaedah mengatasi masalah.
Saya cuma berniat untuk mengatasi perasaan saya sendiri.
Sungguh benar menyintai itu bukan mudah.
Dan bersifat matang dalam percintaan itu adalah satu perkara yang mencabar keperibadian.
Dan setiap dari pasangan yang bercinta, sering kali akan diuji.
Dan setiap ujian yang datang itulah yang kadang dapat membongkar peribadi sebenar seseorang.
Sebab itulah kadang orang-orang tua sering berpesan bahawa kesetiaan seseorang terletak pada masa. Kedua pada sabarnya. Ketiga pada tutur bahasanya adakah ia datang dari hati. Dan keempat pada perilaku juga perbuatannya.

Memang bukan mudah untuk mengetahui akan perasaan seseorang, kerana kadang apa yang diucapkan dibibir bukanlah seperti dihati.
Ada juga sesetengah yang mengambil ucapan adalah datang dari hati.
Semua itu berbeza-beza.

Kehendak ALLAH begitu besar kekayaan dan kebijaksanaanya.
Seperti saya terkadang terlalu lemah melaluinya.
Kadang kita llupa pada DIA bahawa semua ini juga ujian dari DIA.
Untuk apa dan apa hikmahnya kadang kita terlupa dan lalai kerana terlalu melayan perasaan. Alasannya, kerana sudah terlalu sayang. Paling tidak pun, kerana segala harapan telah diberikan.
Bukan mempersoalkan apakah ianya berbaloi, tetapi adakah ada ruang dan kekuatan untuk kita berdiri dan mempercayai diri sendiri semula andai kita terjatuh?
Kepada ALLAH jugalah kita cuba kembali. Dan kepada DIA jugalah kita cuba mengharap agar segalanya dapat kita atasi.
Moga ALLAH s.w.t memberikan kekuatan.

Maaf andai posting kali ini bagaikan tidak menentu dan jelas menggambarkan kecelaruan. Sekadar meluahkan perasaan walaupun tidak segalanya dapat diungkapkan. Kerana masih ada tutur yang perlu dijaga dan hati yang perlu dipelihara.

Yang baik datang dari DIA dan yang lemah dari diri ini yang kekurangan. Namun semuanya adalah rencanaNYA. Kita cuma mampu berusaha sebaik mungkin sebagai hambaNYA..
Wallahu'alam..

Tuesday, June 22, 2010

7 Perkara Yang Membuatkan Anda Bermotivasi Diwaktu Pagi

Perkara terbaik yang Anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :
1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab Anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, Anda masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.


2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang Anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang Anda dari bermotivasi sepanjang hari.



3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga Anda ia mudah turun. Kesannya, Anda jadi tak bersemangat, lemah longlai dan lemas.Kalau tidak pon rajin2lah baca buku motivasi kira menggalakan budaya membacalah jugak tu.



4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula “punch card” nak masuk kerja, baca Bismillah, moga Anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat Anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.
Andai kata Anda seorang pelajar, start nak masuk kelas, duduk di kerusi Anda dan start nak bukak buku, mulakan semuanya dengan Bismillah. Moga apa jua yang Anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk aje kelas, pasang niat Anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, Anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!



5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap Anda. Set target apa yang Anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai Anda seorang pelajar, set target berapa bab yang Anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang Anda nak baca dalam minggu ni, berapa soklan Anda nak tanya dengan lecturer Anda nanti.
Andai Anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang Anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang Anda nak dapat hasil dari bisnes Anda. Set juga apa yang Anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes Anda.
Andai Anda seorang pekerja, set berapa tugas yang Anda nak siapkan dan set limit masa untuk Anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.



6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood Anda menjadi positif.



7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, Anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, Anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.


Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup!
Oyeahh…!!! (^___~)V

Monday, June 21, 2010

Assalamualaikum dan salam persahabatan

Selawat dan salam keatas junjungan Baginda Rasulullah dan semua ahli keluarga Baginda dan tidak lupa semua mukmin dan mukminat yang dikasihi kerana ALLAH..

Rasanya sudah sekian masa saya tidak buat posting baru untuk blog saya..
Mungkin ada diantara rakan2 yang setia dan sudi melawat blog saya tertanya-tanya kenapa saya kini jarang berblogging..

Alhamdulillah kini saya telah menghabiskan pengajian saya diperingkat ijazah dan kini sedang menjalankan latihan Industri selama dua bulan sehingga pertengahn julai ini.
Mohon rakan2 mendoakan saya sehingga hari keramat saya pada 10-10-10 dan terus selamat dan berjaya dekemudian hari..
Doa saya juga buat semua rakan2 blogging juga Facebook saya..

Insyaallah ada kudrat dan masa yang diizinkan, saya akn cuba untuk berkongsi seberapa banyak input, info juga perkongsian semampu dan selayak diri yang daif ini..

Moga kita semua memperoleh kabaikkan dan rahmat dari Ilmu yang ALLAHswt curahkan tanpa keterbatasan perolehan ilmu sekiranya kira terus berusaha seikhlas mungkin keranaNYA, insyaallah..

Sebarang pandangan, idea mahupun kritikan adalah amat saya alu-alukan kerana sudah pasti manusia biasa seperti biasa akan mlakukan kesalahan samada dalam sedar mahupun tidak..

Akhir kata walhal pemula bicara blogger salam kata penuh bermakna..
Selamat Berblogging
(^__^)~<3

Saturday, February 13, 2010

Secebis Kisah Buat Tatapan..

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”

Dia terkejut dan wajahnya berubah.

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya

“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”

” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu..

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain, dan janganlah kamu mengintip atau mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Hujuraat ayat 12).

Tuesday, February 2, 2010

Lalat Dan Penyakit; Rasulullah s.a.w Dan Saintis

Hadith :
Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat.”
Riwayat al-Bukhari

Huraian
Islam menghendaki kita supaya menjaga kebersihan bukan sahaja pada pakaian dan tempat tinggal malah pada makanan dan juga minuman. Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal ini sehinggakan apabila seekor lalat pun yang memasuki makanan atau minuman, baginda menyuruh kita berwaspada terhadap penyakit yang bakal menimpa seperti keracunan makanan dan sebagainya.

Apa yang disebutkan di dalam hadis di atas telah pun dibuat kajian oleh para saintis pada zaman kemudiannya. Contohnya pada tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan Antomofterali. Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat. Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar.

Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah. Kemudian pada tahun 1947, Ernestein seorang Inggeris juga menyelidiki Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahawa fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria. Tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama Javasin. Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma pada lalat sekali gus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya.

Justeru mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini. Maka adalah ternyata bahawa apa yang dikatakan oleh Rasulullah adalah benar iaitu saranan baginda kepada kita agar menenggelamkan lalat terlebih dahulu ke dalam air bagi mengeluarkan mikroorganisma penolak kuman dari badan lalat tersebut, dalam erti kata bahawa badannya harus dibasahkan sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi dapat diminum dengan selamat. Subhanallah betapa hebatnya junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.

Thursday, January 7, 2010

ISLAM KEMBALI DAGANG

Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing". H.R. Muslim



Keterangan

Islam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat. Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan sembahyang, maka tindakan ini dianggap tidak sopan dan kurang wajar. Sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bersenda-senda ketika orang lain bersembahyang tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk.

Begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang rnengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam

Wednesday, January 6, 2010

Assalamualaikum..

Salam Tautan Kasih Ukhuwah KeranaNYA..
Salam Sahabat Dari Jauh dan Dekat..


- Ucapan Ringkas Buat Semua Ditahun Yang Baru Tidak Kira Tahun Hijriah Mahupun "New Year", Saya Mengambil Kesempatan Untuk Mengucapkan Selamat Menyusuri Tinta Jihad Masing-masing. Agar Setiap Apa Yang Kita Lakukan Mendapat Barakah DariNYa insyaallah Amin3...

>"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)"
(Al-Ahzab : 21

Sunday, November 15, 2009

GOLONGAN YANG SENTIASA MENANG

Daripada Mughirah bin Syu' bah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sentiasa berjaya".
H.R. Bukhari

Keterangan
Allah swt. telah menjadikan umat Islam ini umat yang terakhir sekali. Oleh itu Allah swt. berjanji akan memelihara kitabnya (al-Quran) dan memastikan lahirnya generasi demi generasi yang akan memikul tugas dakwah hingga tetap wujud golongan mukminin dipermukaan bumi ini.

Kalau kita meneliti sejarah umat Islam mulai zaman permulaan penyebarannya hingga ke hari ini, kita akan mendapati bahawa umat Islam telah teruji sepanjang sejarah dengan ujian yang berat-berat. Ujian itu bermula dari golongan musyrikin di Mekah dan munafiqin, Yahudi dan Nashrani di Madinah seterusnya gerakan riddah, Majusi yang berselimutkan Islam, golongan Bathiniyah, pengaruh falsafah dan pemikiran Yunani, serangan bangsa Moghul dan bangsa Tatar yang menghancurkan tamddun Baghdad pada pertengahan abad keenam Hijrah. Begitu pula halnya dengan penyembelihan beramairarnai terhadap kaum Muslimin ketika berlakunya kejatuhan kerajaan Islam di Andalus (Sepanyol) dan seterusnya disambung dengan pengaruh-pengaruh imperialis Barat terhadap dunia Islam, gerakan Zionis Yahudi dan missionary Nashrani yang mempunyai alatan dan kemudahan yang banyak dan seterusnya serangan disegi pemikiran dan kebudayaan dan sebagainya dan sebagainya Walaupun ujian yang sangat dahsyat melanda umat Islam di sepanjang sejarah namun mereka masih wujud dan masih lagi mempunyai identiti dan peranan yang hebat di dalam peta dunia di hari ini.

Walaupun di hari ini ada di kalangan umat Islam yang tidak mengambil berat tentang agama mereka tetapi masih ada golongan yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari agama dan memperjuangkannya. Walau pun ramai di kalangan umat Islam yang telah hancur moral dan akhlaknya tetapi masih ada lagi golongan yang berakhlak tinggi dan berpekerti luhur. Walaupun syi'ar-syi'ar Islam diinjak-injak di sebahagian tempat tetapi di tempat lain syi'ar-syi'ar Islam masih lagi gagah dan teguh. Walau pun aktivis-aktivis Islam ditindas dan diseksa pada suatu tempat tetapi di tempat lain mereka akan disanjung dan dihormati. Begitulah seterusnya umat Islam tidak akan lenyap dari permukaan bumi ini hinggalah sampai pada masa yang dikehendaki oleh Allah swt. Maka pada masa itu Allah swt. akan mematikan semua orang-orang Islam dengan tiupan angin yang mematikan setiap jiwa yang beriman dan yang tinggal setelah itu hanyalah orang-orang yang jahat atau orang kafir, maka pada saat itulah akan berlaku hari qiamat

Monday, November 9, 2009

Ejah - Cerita Seorang Insan Buat Insan..

" Jomlah awak. Kita main lari-lari," ajak Ani, teman
sekelasnya " Tak naklah. Kita penat, " jawabnya acuh
tak acuh sambil menggeleng.
" Alah jomlah. Awak tak payah lari kuat-kuat.
Pelan-pelan pun boleh jek, " pujuk Ani. "Tak moh lah.
Awak pegilah. Kita tengok jek, " jawabnya lagi.
Akhirnya Ani mengalah dan berlari ke arah teman-teman
yang lain. Dia hanya memandang kosong ke arah mereka.

" Ejah! " tersentak dia mendengar suara ayah dari
dalam rumah. Segera dia berlari masuk. Ayah berdiri
bercekak pinggang di depannya. " Kau dah buat kerja
sekolah belum? " tanya ayah. " Hari ni tak ada kerja
sekolah, " jawabnya perlahan. " Abis tu tak reti nak
belajar? Mentang-mentang tak ada kerja sekolah tak
boleh tengok buku. Kau tu bukannya pandai sangat
malas-malas nak belajar " herdik ayahnya. Dia hanya
terkebil-kebil memandang ayahnya. " Yang berdiri
terkebil tu kenapa. Pergi baca buku, " herdik ayah
lagi sambil mencubit peha kirinya. Segera dia berlari
ke biliknya. Air mata mengalir deras mambasahi pipi
cengkungnya.

Di dalam biliknya dia menangis dengan perlahan dan
tertahan-tahan. Takut didengari ayah. Kalau ayah tahu
yang dia menangis bukan belajar, tentu telapak tangan
ayah hinggap di tubuh kecilnya. Tidak sanggup lagi
rasanya untuk tubuh kecil itu menerima pukulan ayah.
Perlahan-lahan dia membuka almari bajunya. Di antara
baju-bajunya yang berlipat dan bersusun kemas ditarik
sekeping gambar. Wanita di dalam gambar itu tersenyum
manis. Nenek kata itu adalah mamanya. Dia tidak pernah
berjumpa mama. Menurut nenek mama meninggal 8 tahun
lalu semasa umurnya baru 5 hari. Ketumpahan darah kata
nenek.

Entahlah dia pun tak tahu apa maksud nenek
dengan ketumpahan darah. Dia selalu berfikir, kalau
mama masih ada mesti mama akan memarahi ayah yang
selalu memukulnya. Mama mesti membelanya. Walaupun dia
tidak pernah berjumpa mama namun dia begitu sayang
kepada mama. Setiap kali papa memukulnya pasti dia
akan mencari gambar mama. Kepada gambar mamalah
diceritakan dengan air mata yang berlinangan betapa
sakitnya dipukul ayah. Dia tidak ada adik-beradik yang
lain, hanya kepada gambar mamalah dapat dicurahkan
kesedihannya. Nak mengadu pada nenek, nenek tinggal
jauh darinya. Lagipun kalau ayah tahu dia mengadu pada
nenek sudah tentu lagi teruk dia dipukul.

Akhirnya dia menangis sehingga tertidur. Hari ini dia
kesekolah seperti biasa. Begnya yang sarat dengan
buku-buku digalas di bahu. Dia berjalan menuju ke
bilik darjah. " Ejah! Tunggu kita, " jerit suara kecil
dari belakang. Ani berlari terkedek-kedek mengejarnya.
Ejah hanya tersenyum kecil memandang Ani. " Awak nak
datang tak rumah kita tak nanti lepas sekolah? " tanya
Ani sambil mereka berjalan seiringan menuju kebilik
darjah." Boleh ke? Mak ngan ayah awak tak marah ke? "
tanyanya ragu-ragu. " Buat apa nak marah. Kita boleh
belajar sama-sama. Kan minggu depan ada ujian
matematik, " jawab Ani sambil tersengeh. Ani memang
selalu begitu. Dia sentiasa kelihatan riang. Dia suka
berkawan dengan Ani. Ani baik.

Selepas sekolah Ejah ke rumah Ani. Emak Ani tersenyum
mesra semasa mereka sampai. " Marilah makan dulu Ejah.
Lepas makan baru belajar, "
pelawa Emak Ani sambil tersenyum. Ejah hanya tersenyum
malu. Baiknya emak Ani. Kalau Ejah mama masih hidup
tentu mama pun baik macam ni. Mereka makan
bersama-sama. Ikan masak lemak cili api, daun ubi
bercecah sambal belacan, ikan kering sepat. Memang
enak. Pandai emak Ani masak. Dalam segan-segan habis
dua pinggan nasi dimakan Ejah. " Makan banyak-banyak
sikit Ejah. Kamu tu kurus sangat, " kata emak Ani
sambil menyenduk nasi ke pinggannya. Ejah hanya
mengangguk malu. " Jangan makan banyak sangat pula,
nanti kamu jadi macam si Ani ni haa.. tembam " usik
ayah Ani pula. Ani hanya menjelir lidah pada ayahnya.

Ketawa berderai. Tak pernah ayahnya berjenaka begitu
dengannya. Untung Ani dapat keluarga yang baik. Bila
terkenangkan ayahnya Ejah mula terasa sedih. Air
matanya di tahan. Malulah kalau menangis de depan
orang. Ejah dan Ani belajar bersama. Ayah Ani telah
pergi semula ke tempat kerja. Emak Ani sibuk
menghidangkan mereka air milo dan biskut untuk mereka.
Ejah menerangkan kepada Ani beberapa masalah
matematik. Ejah sememangnya lebih pandai dari Ani.
Bukan kerana dia rajin belajar tetapi kerana dia mudah
menerima ilmu. Sekali di ajar sudah tentu difahami dan
dihafalnya.

Masa begitu cepat berlalu. Sedar tak sedar sudah
hampir ke pukul 4 petang. Ejah panik. Ayah mesti marah
kalau dia sampai lambat ke rumah. Segera dia mengemas
buku-bukunya. Ejah bergegas pulang. Berlari-lari anak
dia pulang rumah. Sewaktu menaiki tangga rumah hatinya
berdebar-debar. Terbayang wajah ayah yang menyinga.
Kecut perutnya apabila membayangkan tali pinggang ayah
menghinggapi belakangnya. Sebaik sahaja dia sampai di
pintu langkahnya terhenti. Terdengar suara perempuan
bercakap dengan ayah. Nenek!!!

" Biarlah aku bawa Ejah pulang ke rumah aku Jusoh. Di
sini pun bukan ada siapa yang menjaganya. Kesian aku
tengok dia tu, makan pakai
tak terurus ". " Tak payahlah mak. Tahulah saya
menjaganya, " ayah bersuara acuh tak acuh. " Janganlah
kamu berdegil Jusoh. Mak bukan nak pisahkan kamu dari
darah daging kamu sendiri. Cuma mak kesian dengan Ejah
tu saja, " nenek cuba memujuk ayah. " Mak ingat mak
boleh menjaga si Ejah itu. Dia tu degil. Kalau mak
berlembut sangat dengan dia mulalah dia naik kepala.
Tengoklah ni, dah petang-petang gini pun masih tak
balik-balik lagi. Kemana agaknya merayap tak tentu
hala. Kalau balik siaplah dia nanti. Kalau tak kena
penangan memang sajalah, " terdengar nada marah di
suara ayah. Ejah hanya diam berdiri de belakang pintu.
Menggigil ketakutan. " Ejah tu taklah sejahat mana.
Budak-budak. Adatlah nakalnya pun. Kau ingat mak tak
tahu yang kau selalu memukul dia? "

" Oh, dia dah pandai mengadu pula sekarang ni ye. Anak
tak sedar di untung. Dahlah emaknya mati kerana dia.
Kalau tak kerana nak melahirkan dia sudah tentu Maria
masih hidup lagi, " jerkah ayah.
" Bukan dia yang mengadu Jusoh. Aku ni bukan buta.
Birat-birat badan budak tu kau kerjakan.
Sudah-sudahlah kamu menyalahkan dia diatas kematian
emaknya. Kamu ni bercakap macam orang tak beragama.
Hidup mati tu kan di tangan Tuhan, ". " Tak payahlah
mak nak berkhutbah kat sini. Dia anak saya, pandailah
saya menjaganya, " Ejah membuka pintu perlahan-lahan.
Dua pasang mata tertumpu ke arahn " Nenek, " jeritnya
sambil berlari ke arah nenek. Tangan nenek di cium
hormat. " Dah besar dah cucu nenek ni, " ujar nenek.
Ada nada sayu yang terselindung. Pipi Ejah dicium
lembut " Kau ke mana ha Ejah? " herdik ayah. Tersentak
Ejah. Ejah tunduk memandang lantai. Nenek mengusap
lembut rambutnya. " Kamu ni Jusoh. Budak tu baru
balik. Bukan nak tanya dah makan ke belum. Terus-terus
nak marah saja, " nenek membelanya.

" Tak payahlah mak mengajar saya cara nak menjaga
anak. Mak membelanya macam ni memanglah dia suka.
Mulalah besar kepala, " marah ayah. " Ejah, pegi tukar
baju sekolah tu. Kotor nanti, " ujar nenek lembut
padanya. " Baiklah nek, " terus dia berlalu ke
biliknya. Dari dalam bilik dapat di dengar ayah dan
nenek bertengkar. Dia hanya diam membisu di atas
katilnya. Hatinya sedih. Tak sangka dia yang
menyebabkan mamanya mati. Dia benci dirinya di saat
itu. Patutlah ayah selalu marah padanya. Patutlah ayah
benci dirinya. Ejah terus menangis tersedu-sedu.

Tangisnya terhenti bila terdengar pintu berdentum.
Nenek telah pulang. Pintu biliknya terkuak. Ayah
melangkah masuk dengan wajah menyinga. " Ke mana kau
marayap hah? " jerkah ayah. Dia hanya diam
sambil air mata mengalir ke pipi. " Jawab! " tengking
ayah. Tersentak dia. Tubuhnya terhenjut-henjut menahan
tangis. " Orang pergi rumah Ani, "jawabnya perlahan
dan terketar-ketar sambil menahan sendu. " Kenapa? Kau
dah tak ada rumah? " marah ayah lagi. Ejah hanya diam
membisu. Ayah menampar pipinya. Perit. Ejah terjatuh
dari birai katil. Tangisnya semakin kuat. " Kau tak
dengar aku tanya? Kau dah tak ada rumah sendiri nak
merempat ke rumah orang? " tengking ayah sambil
menarik rambut Ejah. Dia hanya mampu mengikut tarikan
tangan ayah. " E..ejah, Ejah pegi belajar kat rumah
Ani, " jawabnya tersedu-sedu. " Ooh, belajar. Kat
rumah ni tak boleh belajar? Kenapa? Apa kurangnya
rumah ni? Dah pandai nak memilih pulak. Anak tak sedar
diri, " jerit ayah lebih kuat. Sekali lagi pipi si
kecil menjadi sasaran tangan ayah. Terpelanting tubuh
kecil itu ke lantai. Ejah merintih kesakitan. Terasa
cecair hangat mengalir dari hidungnya. Darah. Ayah
tidak berhenti disitu. Tubuh kecil Ejah disepak. Ejah
merintih penuh kesakitan. Tapi Ejah tidak melawan.

Langsung tidak merayu agar ayahnya berhenti. Dia
merasakan yang dia memang layak dipukul. Semuanya
kerana apa yang berlaku pada mama. Biarlah ayah pukul
dia. Dia rela asalkan mama memaafkannya. Ejah rasa
berdosa pada mama. Ayah menarik rambut Ejah lagi dan
sekali lagi penampar papa hinggap di pipinya. Ejah
tercampak ke dinding. Ayah terus menggila. Ejah yang
kecil itu terus menjadi sasaran tangan dan kakinya.
Pandangan Ejah mula kabur. Dia tidak lagi bergerak.
Semuanya bertukar gelap... Ejah terjaga. Dia masih
lagi terbaring di atas lantai. Kepalanya terasa berat.
Pipinya perit, dadanya terasa bagai dihempap batu
besar dan seluruh badannya sengal.

Dia terdengar suara ayah memanggilnya dari luar bilik.
" Ejah! Ejah! Bangun! Kau dah tak nak sekolah, "
garang suara ayah. Ejah cuba bangun tetapi tubuhnya
terasa amat berat. Penangan ayah semalam masih terasa.
Tubuhnya terasa begitu lemah. Pintu biliknya dibuka.
Ayah melangkah masuk. " Tidur lagi! " jerkah ayah. "
Ee..ejah rasa tak sihat ayah, " jawabnya dengan suara
yang dengar tak dengar. " Sudah, jangan nak
mengada-ngada, " marah ayah sambil menarik tangannya.
Seluruh tubuhnya terasa hendak tercabut. Dia gagahkan
juga untuk berdiri. " pergi mandi, " ayah menolaknya
ke bilik mandi. Setelah selesai mandi dan bersiap dia
ke sekolah berjalan kaki seperti biasa. Tubuhnya masih
lemah tetapi di kuatkan juga. Dia tidak mahu menaikkan
darah ayah lagi. Sampai di sekolah di rasakan
mata-mata memandangnya dengan penuh kehairanan. Dia
hanya membiarkan mereka memandangnya. Dia terlalu
sibuk menahan sakit.

" Nurfaizah, " terdengar suara Cikgu Linda
memanggilnya. Dia memandang Cikgu Linda kosong. "
Siapa yang buat kamu macam ni? " tanya Cikgu Linda
sambil mengusap rambutnya. Ejah hanya diam membisu.
Kepalanya terasa bertambah berat, dia mula terasa
sukar untuk bernafas. Pandangan mula kabur. Ejah
merasakan kaki begitu lemah dan tidak lagi mampu
menahan berat tubuhnya. Dia jatuh terjelepuk di
lantai. Dalam kabur-kabur dia mendengar Cikgu Linda
memanggil namanya. Akhirnya semua bertukar gelap dan
sunyi. Sekelilingnya putih dan berbau ubat.Kepalanya
tidak terasa berat atas berdenyut. Dia membuka matanya
perlahan. Ada ayah, ada nenek dan Mak Usu. Nenek
menangis. Ayah pun menangis. Tidak pernah dia nampak
ayah menangis. Ayah usap-usap rambutnya perlahan. Tak
pernah ayah buat begitu padanya. Tiada tanda-tanda
kemarahan dan kebencian di wajah ayah. " Maafkan ayah
nak, " suara ayah sayu dan tersekat-sekat. Ejah tak
faham kenapa ayah dan nenek sedih. " Kenapa semua
orang sedih, " tanya Ejah dengan kepayahan. "
Janganlah sedih. Ejah cuma nak pergi jumpa mama. Ejah
nak minta maaf pada mama. Ejah rindu mama, " Ejah
bersuara perlahan. "Oh Ejah! Maafkan ayah! Ayah
menyesal! Jangan tinggalkan ayah! " ayah merayu. Air
mata mengalir di pipi ayah. Ejah merasakan tubuhnya
semakin ringan. Dia tersenyum memandang nenek,
kemudian ayah dan akhirnya ke arah mak usu. Pernafasan

Ejah mula tersekat-sekat dan akhir dada si kecil
terhenti berombak. Senyuman Ejah masih lagi di
bibirnya yang pucat itu. Dia terbaring kaku. Wajahnya
kelihatan tenang. Ayah meraung menyesali perbuatannya.
Menurut doktor, Ejah mengalami pendarahan dalam otak
kerana hantukkan yang kuat. Ejah juga kepatahan
beberapa tulang rusuknya dan mengakibatkan kecederaan
pada paru-parunya. Ayah masih lagi meraung. Meraung,
menangisi pemergian insan kecil yang tak pernah
dihargai selama hayatnya...Insan kecil bernama..
EJAH...

Thursday, October 29, 2009

GOLONGAN ANTI HADITH

Ertinya:
Daripada Miqdam bin Ma'dikariba r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata : "Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (al-Quran) sahaja. Apa yang di halalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan". (Kemudian Nabi saw. melanjutkan sabdanya, "Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah saw. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah swt."


H.R. Abu Daud


Keterangan

Lelaki yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah seorang yang mengingkari kedudukan Hadis sebagai sumber hukum yang kedua selepas al-Quran. Ia hanya percaya kepada alQuran sahaja. Baginya, hadis tidak perlu untuk dijadikan sumber hukum dan tempat rujukan. Golongan ini tidak syak lagi telah terkeluar dari ikatan Agama Islam dan pada realitinya seseorang itu tidak akan dapat memahani al-Quran jika tidak merujuk kepada hadis Nabi saw.. AI-Quran banyak menerangkan hal-hal yang besar dan garis panduan umum. Maka Hadislah yang berfungsi untuk memperincikan isi dan kandungan serta kehendak ayat-ayatnya serta menghuraikan dan menerangkan yang musykil. OIeh kerana itu, syariat tidak akan sempurna kalau hanya dengan al-Quran sahaja, tetapi ia mesti disertai dengan hadis Nabi saw.

Friday, October 16, 2009

Kisah tiga org pelacur..

Assalamualaikum...


Kisah Luqman yang bijaksana ada termaktub dalam surah al-Luqman dalam al-Quran. Pengarang kitab Al-Kasyaf menjelaskan, dia adalah Luqman bin Baa'ura'. Hidup selama 1000 tahun, sehingga berjumpa dengan Daud a.s belajar ilmu dan pengetahuan daripadanya. Ibnu Abbas berkata bahawa Luqman bukan Nabi, juga bukan Raja, namun seorang penggembala, berkulit hitam, yang kemudian diberi kurnia kemerdekaan dan ilmu pengetahuan.


Diriwayatkan oleh Sai'id bin Amir, ia berkata: " Telah bercerita kepada kami, Abu Ja'far, 'Luqman Al-Habasy' adalah seorang budak milik seorang lelaki. Suatu ketika dia dibawa ke pasar untuk di jual kepada seorang lelaki yang hendak membelinya, Luqman berkata:"Apa yang akan kamu lakukan terhadap diriku (setelah kamu beli nanti)?" Jawab lelaki itu, "Kamu akan ku suruh melakukan ini dan itu." "Aku mohon kepadamu agar mengurungkan niatmu untuk membeliku!" pinta Luqman. Sikap ini selalu diperlihatkan oleh Luqman kepada para calon pembelinya hingga datanglah calon pembeli lainnya. "Apa yang hendak kamu lakukan terhadap diriku (setelah kamu membeliku nanti)?" kata Luqman. "Kamu akan kuberi tugas sebagai penjaga rumahku," jawab lelaki calon pembelinya itu. "Jika demikian, aku mahu kamu beli!" kata Luqman.


Laki-laki tersebut kemudian membayar dan mengajak Luqman pulang ke rumahnya. Majikan Luqman mempunyai tiga orang anak gadis yang menjadi pelacur di desa itu. Pada suatu ketika majikannya ingin pergi ke kebunnya. Sebelum berangkat dia berpesan kepada Luqman: "Aku telah menyiapkan makanan dan semua keperluan mereka di dalam bilik. Sepeninggalanku, kuncilah pintu ini dan kamu harus berjaga di sini pula. Dan janganlah sekali-kali kamu membuka pintunya sebelum aku kembali ke rumah!"


Sejenak kemudian ketiga-tiga puteri majikannya datang dan berkata kepada Luqman, "Bukalah pintu ini!" Kerana telah menerima pesan dari majikan dan diamanahi untuk tidak membuka pintu dan namanya amanah akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak, maka Luqman pun menolak untuk membukanya. Akhirnya ketiga-tiga gadis itu marah dan mencederainya. Luqman kemudian membersihkan darah yang membasahi tubuhnya dan kembali berjaga di depan pintu. Ketika majikan pulang dia tetap merahsiakan perilaku ketiga puteri majikan terhadapnya.


Pada hari berikutnya majikannya sekali pergi ke kebunnya. Sebagaimana sebelumnya dia berpesan kepada Luqman: "Aku telah menyiapkan makanan dan semua keperluan. Oleh kerana itu jangan membolehkan mereka membuka pintu ini!" Demikianlah, selepas pemergian ayahnya, ketiga puteri majikannya itu bergegas menemui Luqman dan berkata kepadanya: "Bukalah pintu ini!" Sementara itu Luqman masih tetap memegang amanah yang dibebankan kepadanya tetap tidak bersedia membukakanya sebagaimana pesan dari majikannya. Akan tetapi, ketiga gadis itu kembali menyerang dan melukai Luqman yang tetap duduk di tempatnya. Si majikan telah pulang ke rumah, Luqman sekali lagi tidak mahu menceritakan perihal perilaku ketiga puterinya.


Melihat keteguhan hati Luqman, puteri tertua majikannya kemudian rasa simpatinya datang dan berkata: "Mengapa budak Habasyi ini lebih mengutamakan ketaatan kepada Allah S.W.T berbanding aku? Demi Allah, aku akan bertaubat!" Dan puteri sulung majikan Luqman itu pun bertaubat kepada Allah S.W.T. Si bungsu berkata, "Mengapa budak Habasyi dan kakak sulungku lebih mengutamakan taat kepada Allah S.W.T? Demi Allah, aku juga akan bertaubat." Demikianlah si bongsu akhirnya mengikuti jejak kakak sulung dan keduanya dengan bertaubat. Setelah mengetahui bahawa kakak mahupun adiknya telah bertaubat, puteri kedua majikannya berkata "Mengapa dua orang saudaraku dan budak Habasyi ini lebih mengutamakan taat kepada Allah S.W.T berbanding aku? Demi aku, aku akan bertaubat juga!" Akhirnya dia pun bertaubat.


Setelah ketiga puterinya yang berkerja sebagai wanita penghibur itu bertaubat, maka rakan yang sama bekerja denganya di desa berkata,"Mengapa budak Habasyi dan ketiga gadis itu lebih mengutamakan taat kepada Allah S.W.T berbanding kami?" Hal tersebut mendorong mereka untuk bertaubat sebagaimana ketiga-tiga rakannya sehingga jadilah mereka sebagai orang yang beribadat di desa itu.


Demikianlah bahawa hidayah datangnya bukan lewat, dakwah berupa ucapan tapi juga tindakan, atau amalan yang ditunjukkan oleh Luqman al-Hakim dalam memegang teguh amanah yang sudah menjadi tugasnya. Sehingga fitrah seorang manusia untuk selalu beribadah kepadaNya menjadi terpukul tatkala melihat seorang yang mampu menjalankan ibadah itu dengan baik.

Wednesday, October 7, 2009

25 Pesanan Luqman El-Hakim kepada anak-anaknya





1 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat,
agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

2 - orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

3 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

4 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

5 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

6 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

7 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.

8 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.

9 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilahterlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.

17 - selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yg akan mendatangkan cela pd dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata
kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
Photobucket

inMemory