Saturday, October 25, 2008




Tuhan...
Dalam menempuh hidup ini..
Banyaknya dugaan datang menguji..
Tuhan..
Ada yang dapatku gagahi..
Namun ada yang gagalku hindari..
Ampunkanlah dosa2ku..

Adakah blog ini hanya sekadar tempat untukku meluahkan segala isi hati mahupun berdakwah??
Aku masih merasakan kekurangan..
kenapa??
Tolonglah aku berikan aku jawapan..

Wednesday, October 22, 2008

Pembelit Faham, Pemutar Kata, Penghancur Bahasa...


Hidup bagaikan sketsa tanpa suara...
Tiada lunak merdu mengalun halwa..
Mata yang tajam menerpa dunia..
Terus mempersona hati membatu..
Bibir menggetarkan kata..
Namun kelu lidah seribu bahasa..
Gerak rancak beralun pesona..
Tetapi dihiasi hancur jiwa..
Fikiran terus meluncur hakikat..
Hatta berpandu tetap sesat..
Terkapai-kapai mencari jawaban dilangit..
walaupun kebenaran ditiup membingit..
Namun buta..
Apakah tirai melabuh??
Jiwa sokong seribu menaruh..
Siksa Kehidupan sinonim dri..
Merobek luka sejuta warna..
Sembuhan penawar harapan menggunug..
Jelas penghujung mungkin infiniti..
Sebab mengapa persoalan rancak..
Diulit keliru membunuh kehendak..
Tahu bukan pilihan..
Faham mungkin tidak..
Yang pasti apakah penghujungnya..
Menjadi nantian hembusan penamat..

~nurkilan seribu persoalan tanpa pikiran~

Monday, October 13, 2008

Jagalah aurat dengan hijab...

Berhijab merupakan kewajiban yang harus ditunaikan bagi setiap wanita muslimah. Hijab merupakan salah satu bentuk pemuliaan terhadap wanita yang telah disyariatkan dalam Islam. Dalam mengenakan hijab syar’i haruslah menutupi seluruh tubuh dan menutupi seluruh perhiasan yang dikenakan dari pandangan laki-laki yang bukan mahram. Hal ini sebagaimana tercantum dalam firman Allah Ta’ala:

وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ

“dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya.” (Qs. An-Nuur: 31)

Mengenakan hijab syar’i merupakan amalan yang dilakukan oleh wanita-wanita mukminah dari kalangan sahabiah dan generasi setelahnya. Merupakan keharusan bagi wanita-wanita sekarang yang menisbatkan diri pada islam untuk meneladani jejak wanita-wanita muslimah pendahulu meraka dalam berbagai aspek kehidupan, salah satunya adalah dalam masalah berhijab. Hijab merupakan cermin kesucian diri, kemuliaan yang berhiaskan malu dan kecemburuan (ghirah). Ironisnya, banyak wanita sekarang yang menisbatkan diri pada islam keluar di jalan-jalan dan tempat-tempat umum tanpa mengenakan hijab, tetapi malah bersolek dan bertabaruj tanpa rasa malu. Sampai-sampai sulit dibedakan mana wanita muslim dan mana wanita kafir, sekalipun ada yang memakai kerudung, akan tetapi kerudung tersebut tak ubahnya hanyalah seperti hiasan penutup kepala.

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata:

“Semoga Alloh merahmati para wanita generasi pertama yang berhijrah, ketika turun ayat:

“dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung kedadanya,” (Qs. An-Nuur: 31)

“Maka mereka segera merobek kain panjang/baju mantel mereka untuk kemudian menggunakannya sebagai khimar penutup tubuh bagian atas mereka.”

Subhanallah… jauh sekali keadaan wanita di zaman ini dengan keadaan wanita zaman sahabiah.

hijab merupakan kewajiban atas diri seorang muslimah dan meninggalkannya menyebabkan dosa yang membinasakan dan mendatangkan dosa-dosa yang lainnya. Sebagai bentuk ketaatan kepada Allah dan rasul-Nya hendaknya wanita mukminah bersegera melaksanakan perintah Alloh yang satu ini.

Allah ‘Azza wa Jalla berfirman: “Dan tidaklah patut bagi mukmin dan tidak (pula) bagi mukminah, apabila Allah dan rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, kemudian mereka mempunyai pilihan (yang lain) tentang urusan mereka, dan barangsiapa mendurhakai Allah dan rasul-Nya. Maka sungguhlah dia telah sesat, dengan kesesatan yang nyata.” (Qs. Al-Ahzab: 36)

Mengenakan hijab syar’i mempunyai banyak keutamaan, diantaranya:

1. Menjaga kehormatan.
2. Membersihkan hati.
3. Melahirkan akhlaq yang mulia.
4. Tanda kesucian.
5. Menjaga rasa malu.
6. Mencegah dari keinginan dan hasrat syaithoniah.

Sunday, October 12, 2008

Kelebihan Surah Al-Ikhlas..

Assalamualaikum...

"Au zubillahiminashsyaitanirrajim.. bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang
Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana
dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh
kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing
kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian
bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid
walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.)
sebanyak 3 kali.


Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah
salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah
salam kerana malaikat rumah akan menyahut . Amalkanlah bersolat kerana salam
pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu
kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang
jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka
yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan
menolongnya menjawab salam malaikat itu.


Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w :

"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka
sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan iti telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka".

Inilah yang dinamakan
membaca 'Qulhua"llah ahad' satu hatam yaitu 100,000 kali dengan
diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia
meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia
dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap
mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga."

(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya
sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam
Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit?
Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab.


Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya.
Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali
(yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu.

Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah
Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

"Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:

"Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan."


Sabda Rasulullah SAW lagi:

"Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya 'Qul Huwallahu Ahad' itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s."


Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas setiap satu sebanyak 7kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.


Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.



Nota :


Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu
ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW
"Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat"

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :


1) Sedekah/amal jariahnya

2) Doa anak-anaknya yang soleh

3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Insyaallah...!!!

Sunday, October 5, 2008

Salam Ukhuwah Salam Fisabilillah

Assalamualaikum...

Aku cuma xtau nk buat ape..Buat masa ini aku belum siap lagi assignment management aku.Besok dah nak kene hantar..

Masuk harini dah 5hari aku sakit sejak hari raya pertama lagi..Ubat dah makan tapi ALLAH s.w.t masih belum lagi mengizinkan aku sihat..
Alangkah bahagianya ALLAH s.w.t menyayangiku..
Subhanallah..

Aku Mengharap PadaMU..


"Wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik – Surah An-nuur(24) – Ayat26"

Begitulah adilnya ALLAH s.w.t bagi setiap hamba2NYA..
Bagi diriku sendiri aku merasakan tidak layak untuk mendapatkan hati dia yg boleh menghiasai kamar hati yg kekosongan..
Bahkn Adam turut sunyi tanpa Hawa
Apatah lagi aku manusia biasa..

Setiap kali mesej masuk, aku mengharap ia datang darinya..
Namun setiap kali aku melihat namanya..Aku kecewa lagi..Bukan dari dia..
Rindu semakin mendalam..
Apakah maknanya ini??

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.-Surah Al-Baqarah ayat 216"

Ya ALLAH berilah aku petunjuk...
Aku menvintai dirinya..
Namun adakah betul apa yang aku lakukan??
Betulkah pilihanku??
Aku tidak tahu sama ada perlu putus asa atau tidak kerana Engkau sendiri tidak suka akan hambanya yang berputus asa..

Ya ALLAH..
Aku mohon padaMU
Berilah apa yang terbaik buatku..

Ikhwan dan Akhwat Sejati


Pada suatu hari ummi ku sedang membaca buku lalu aku bertanya
ummi ikhwan dengan akhwat yang sejati yang seperti apa

Sang Ibu tersenyum dan menjawab…
Ikhwan Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya.
Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran.

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa.

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati di tempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah.

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan.
Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada dibalik itu.

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari banyaknya akhwat yang memuja, tetapi komitmennya terhadap akhwat yang dicintainya.

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari jumlah barbel yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia mengahdapi lika-liku kehidupan.

Ikhwan Sejati bukanlah dilihat dari kerasnya membaca Al-Quran, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca.

Setelah itu, sang remaja pria kembali bertanya. Siapakah yang dapat memenuhi kriteria seperti itu, Ibu ?

Sang Ibu memberinya buku dan berkata…
Pelajari tentang dia. Ia pun mengambil buku itu, MUHAMMAD, judul buku yang tertulis di buku itu.


AKHWAT SEJATI

Seorang gadis kecil bertanya pada ayahnya, “Abi ceritakan padaku tentang akhwat sejati?”

Sang ayah pun menoleh sambil kemudian tersenyum.
Anakku…

Seorang akhwat sejati bukanlah dilihat dari kecantikan paras wajahnya, tetapi dilihat dari kecantikan hati yang ada di baliknya. Akhwat sejati bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya.

Akhwat sejati bukan dilihat dari begitu banyaknya kebaikan yang ia berikan tetapi dari, keikhlasan ia memberikan kebaikan itu.

Akhwat sejati bukan dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.

Akhwat sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara.

Sang ayah diam sejenak sembari melihat ke arah putrinya.“Lantas apa lagi Abi?” sahut putrinya.

Ketahuilah putriku…
Akhwat sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya.

Akhwat sejati bukan dilihat dari kekhawatirannya digoda orang di jalan, tetapi dilihat dari kekhawatiran dirinyalah yang mengundang orang jadi tergoda.

Akhwat sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani, tetapi dilihat dari sejauhmana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa syukur.

Dan ingatlah…
Akhwat sejati bukan dilihat dari sifat supelnya dalam bergaul, tetapi dilihat dari sejauhmana ia bisa menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.Setelah itu sang anak kembali bertanya,

“Siapakah yang dapat menjadi kriteria seperti itu, Abi?” Sang ayah memberikannya sebuah buku dan berkata, “Pelajarilah mereka!”

Sang anakpun mengambil buku itu dan terlihatlah sebuah tulisan “Istri Rasulullah”. (Muslimah Sholihah)

Thursday, October 2, 2008

Salam Rindu..

Assalamualaikum..

Salam hari raya buat semua..
Harini masuk hari kedua bulan Syawal..
Aku xtau nak buat ape..
Nk buat asgmnt malas huhu~
Alhamdulillah ak dapat bangun solat subuh jemaah dimasjid..
Tapi jemaah xramai harini..
Mungkin sahabat2 ramai yg penat..
Aku bersyukur sgt2...
Moga ALLAH istiqomahkan aku dalam mengejar syurgaNYA..

Dalam waktu ni sambil posting ak dengar lagu In-Team "KeredhaanMU"



Aku nak pesan kepada diri sendiri terutamanya juga sahabat2 seperjuangan yg lain agar sentiasa bergantungan antara satu sama lain dan ikhlas bantu-membantu krn itulah amalan yg mulia sbg satu jemaah yg jitu..
Amalkan sikap mengutamakan sahabat yg terdahulu dgn niat krn ALLAH..
Krn terdapat sirah yg menceritakn amalan hamba ALLAH yg cukup sederhana namun keikhlasan dan sikap mengutamakan kebaikan sahabatnya yg lain membuatkan dia mnjadi ahli syurga..

Masya'ALLAH..
Adakah kita mampu menjadi seperti hamba ALLAH tersebut??
Namun ia terletak pd diri kita..
Muhasabah diri..
Krn kdg2 kita iri hati dgn sahabat kita dengki sahabat kita lebih baik cemburu dia melebihi diri kita..
Sikap itulah mempermudahkan syaitan dan iblis menghembuskn benih ketidakikhlasan dalam diri...



Ya ALLAH jauhkanlah kami dari kemurkaanMU dan perpecahan antara kami..
satukanlah kami sekukuh-kukuh ukhuwah dgn lafaz fisabilillah..
Agar kekal dunia akhirat..
Mati sbg para syuhada..
Amin..

Wednesday, October 1, 2008

Salam Fisabilillah..

Assalamualaikum...

Waktu sekarang menunjukkan pukul 4.30 pagi..Harini bermula lau Syawal menerpa dan Ramadhan berlabuh..Pemergiannya belum tahu lagi dapat dinikmati..
Sedikit kesal dengan diriku kerana aku tidak merasakan sedih atas pemergiannya dan aku tidak pula rasa gembira akan datangnya Syawal dimana semua umat Islam merayakan hari raya Aidilfitri..
Jiwaku terasa kosong dan tiada penghayatan..Sepanjang malam tadi aku beristighfar memohon keampunanNYA tetapi masih tak dapat merasakan syahdu ramadhan dan gembira berhari raya..
Apakah maknanya ini??
Subhanallah..
Ya ALLAH terimalah puasaku..
Ampunkanlah dosa-dosaku..

Aku teringat lagi waktu aku pergi ke pasaraya "Thong" di tengah2 kesibukan kota kinabalu..
Aku masuk kedalamnya semata-mata nak cari jaket seperti rahman..
tapi tak jumpa..
Sempat aku mengambil gambar..


Keadaan waktu tu sesak terlalu ramai orang berpusu-pusu membeli belah..
Jam aku menunjukan pukul 4.30 petang..Hampir lima..
Rupa2nya aku belum solat..
Aku call Abdillah..
Lalu berniat nak cari surau
Aku bertanyalah pada pengawal perempuan disitu namun katanya tiada surau dipasaraya tersebut..
Masya'ALLAH..sampai macamtu sekali..
Aku pening kepala sebenarnya melihat terlalu ramai orang sebab aku tak suka berada ditempat yang sesak..
Aku pening kepala..
Lagipun ALLAH s.w.t ada mengatakan bahawa antara tempat yang menjadi kemungkaran ALLAH adalah pasar kerana disitu akan berlakunya penipuan, riba, dan pencampuran antara lelaki dan perempuan..
Yang paling teruk dimana aku sendiri melakukannya adalah mengabaikan solat..
Astaghfirullah'hal azim..Ampunkanlah dosa2ku Ya ALLAH..
Aku lewat menunaikan kewajipan..
Maka tak salahlah kenapa aku berani katakan dunia memang "kejap" lagi kiamat
Sebab ALLAH murka dengan tempat bernama pasar apatah lagi tempat yang bernama pasar"raya"..
Lagilah banyak kemurkaan yang berlaku..

Sekembalinya aku diLabuan...
Turun je feri waktu tu aku rasa pening2..
Alhamdulillah aku tak muntah kalau tak batal puasa aku..Jam menunjukkan hampir pukul5..
Lalu aku ke perhentian bas dan dipendekkan cerita sampailah aku ke kampus pada pukul5.30..
Hairankan??
Orang cuti raya semua keluar kampus bawa beg besar aku raya masuk kampus labuan bawa beg sebab tulah ada orang pandang..(Hairan sangat kew?)


Malam sebelum masuknya maghrib aku cuba menghayati saat-saat terakhir sebelum Ramadhan melabuhkan tirai..Masih lagi hati tidak merasakan apa2..
Kenapa Ya ALLAH??
Aku azan..
masih tidak memberi kesan..
Kemudian takbir selepas maghrib
Terasa kekurangan
Selepas Isyak aku bertakbir ramai2 bersama para sahabat
Masih tidak dapat menghayati..
Siap ada yang buat aku gelak time takbir adalah...
Subhannallah..
Kenapa Ya ALLAH??


Malam terus berlabuh..kami buat sate..
Sahabat2 semua turut sama kecuali ada yang duduk dibilik..
Malam terus berlalu tetapi masih seperti biasa..
Terkadang aku berzikir dan terus berzikir mohon keampunan..
Masih seperti tertutup hati ini rasanya..

Sempat abang syukri berpesan agar bantu agama ALLAH apabila aku dah masuk ke JAKMAS ini..
Aku terdiam dan mengiyakan dalam hati aku..
itulah harapannya katanya..
Aku merasakan begitu tidak layaknya aku..
Adakah bernilai aku Ya ALLAH dipandanganMU Ya ALLAH??

Aku terus buat ape yang perlu..
Aku menyapu..
Terasa kosong..
Aku berzikir..
Adi menegur bahawa aku sesuai buat kerja menyapu..
Dalam benak aku, aku rasa betul cakap dia
aku cakap kat dia
"Aku rasa tenang buat kerja ni"

Setelah itu aku pulang selepas membantu sedikit saudaraku Harieyadi..
Aku lupa nk bagitahu dia aku pulang dulu..
Maafkan aku..

Sampai dibilik
aku mengisi masa aku dengan mengemas bilik..
Aku benci bilik berselerak dan berhabuk..
Sempat aku periksa Friendster..
Lalu aku menulislah blog artikel ini..

Ya ALLAH..
berilah aku secebis kasih dan sayangMU..
Berilah aku secangkir cahaya NUR takwa keimanan kepadaku..
Agar bertambah ketakwaan aku..
Ampunkanlah dosa2ku dari mula aku lahir..
Matikanlah kau sebagai penegak kesucian AgamaMU..
Ya ALLAH..
Kurniakanlah aku permaisuri hati..
Bersama menongkah arus duniawi..
semoga dalam agamaMU kekal abadi..

Waktu aku menghabiskan artikel ini azan subuh pun selesai..
Wallhu'alam..
Photobucket

inMemory